Assalammualaikm,,
Tonight saya xde keje, bkn xde kje, tapi saja mlm ni jadi PEMALAS! so td tengah dok mngelamun... tiba2 terpikir apa jadi ya jika saya jadi seorang PEMIMPIN?
Kalau saya jadi pemerintah?? errmmm..! Sat noh ingat balik En.MFJ pnh bgtau kat cheq dulu...
.................................................................................................................
Well. MFJ saya cakap confirm dunia tunggang langgang. Then saya baring. Kemudian saya renung renungkan. Ape yang saya akan buat kalau saya bisa jadi pemerintah?! ahaha
Well... Korang akan pikir saya ni haprak gile. Tapi tak lah haprak sangat. Hapak mungkin. Sebab kalau saya jadi pemerintah mesti saya tak cukup masa nak mandi and bersiap. Sbb nye saya ni bersiap mmg berjam2.. haaa ok ok ok.. back to the topic! Hehehe.
1. Kalau boleh saya nak bina rumah perlindungan bagi perempuan yang terlanjur dan ter’mengandung’ anak luar nikah. Okey. Saya bukan lah menyokong apa yang diorang buat. Tapi diorang perlukan bimbingan kan. Jadi di situ nanti, saya akan adakan lah ustaz dan ustazah yang akan ditapis dulu oleh saya sendiri. Saya nak pastikan, mereka yang bekerja di situ adalah ikhlas, and akan mampu bimbing mereka bukannya mencaci mereka. Kadang kadang masalah macam ni, masyarakat kita lebih suka mencaci dari membimbing. Setuju? Kalau tak setuju, kau boleh blah! miahaha, Well rumah ni di bina untuk perempuan2 yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah yang di buang dari keluarga dan dibuang oleh si lelaki durjana. Jadi insyaAllah lah saya mampu kurang kan kes buang bayi dan sekali gus mungkin leh kurangkan jugak jumlah orang yang mengandung luar nikah.
2. Sekolah untuk anak luar nikah. Saya cukup cukup lah pantang! Kalau orang panggil anak luar nikah ni anak haram. Kepala hotak mu.! Anak tu tak haram. Yang haram adalah ape yang mak bapak dia buat. Okey. Ape fungsi sekolah ni? Amat susah lah budak budak ni nak sekolah memandangkan anak luar nikah lepas ni takkan di bin kan dengan sape2. Jadi kalau masuk sekolah biasa confirm kene buli bagai. Kalau mereka masuk sekolah yang sume same. Tak de lah dorang dalam situasi bahaya kan?
3. Kalau mampu, saya nak hantar 12 dozen kereta kebal ke negara negara islam yang tengah di bom sekarang. Well. Negara kite banyak kete kebal. Tapi di gunakan bila hari perarakan time merdeka je. Buat ape ade kereta kebal setakat nak buat berarak. Herm tak bagus tak bagus. Kite pun kan katanya Negara Islam. Jadi sape lagi kalau bukan kite nak tolong Negara Islam lain kan. Alah setakat kau buat demokrasi tepian jalan tu, sikit pun dorang tak peduli lah.
4. Saya ingin kurangkan syarat syarat untuk pinjam duit kat bank. Saya tak tau lah saya boleh buat macam tu ke tak kan. Tapi kalau boleh. Memang saya nak buat. So tak de lah orang nak pinjam kat along. Kalau bapak die tak de duit nak bagi anak makan, then pinjam duit kat along. Tak mampu bayar. Kene seksa sampai si ayah cacat. Sian si anak kan? ~okeyyy saya dh mula mencarut!~
5. Kalau boleh juge sistem perundangan ni saya mahu gubal. Saya mahu samakan kedudukan semua pihak bawah sistem perundangan. Kalau boleh lah. Ye lah. Kalau si askar atau polis buat gini tak ape. Kalau rakyat biasa buat tak boleh. Kalau si pemimpin tak ape. Si rakyat tak boleh. Huhu. Okey ini adalah isu sensitive . Stop!
6. Saya akan hantar orang orang Malaysia yang sekarang berada dalam perusahaan minyak untuk ke luar negara belajar cara nak hasilkan petrol yg berkualiti. So nanti tak perlu lah kite jual minyak kite kemudian import minyak orang luar yang membuatkan harga minyak naik tiap tiap tahun. So leh kurangkan harga minyak kan. Herm mane nak dapat dana kewangan Negara? Lebih kan pada industri perlancongan dan pertanian. Okey kot kan? Ape ape pun. Nanti pasti saya punye konsultan kan. Leh saya tanye die nanti. Sape mau jadi konsultan saya? haa sila angkat tangan!!
7. Saya mahu kite gunakan air dari negara sendiri. Kemudian kalau boleh saya mahu semua negeri, bil air di tanggung kerajaan sebanyak 10 ringgit. Macam yang pernah buat kat Selangor dulu. Tapi skrg dah xde kot kan.. Herm. Kalau lah jadi camtu lagi kan KALAULAH kan! hmmm (bajet jalan mundar mandir tangan kat belakang) Memandangkan saya tengok tak de pun Selangor mengalami masalah tak makan sebab air ditanggung. Jadi saya mahu buat ke seluruh negeri. Tapi tak bermakne korang leh bazir air lah kan. Saya cepuk pale korang nanti.!
Lagi ape saya mahu buat eh? Herm. Sekarang macam tak de idea. Ehhh! ouh. Lah tak sangke tak sampai sepuluh pun bende yang saya nak buat. Herm. So tak lah saya hapak nanti. Sempat lah mandi. Ahahahaha. Tapi itu pun kalau saya jadi pemimpin. Tapi tu semua angan angan. Ape yang saya nak buat tu pun belum tentu di buat. Maklumlah. Saya hanya lah merancang Allah yang tentukan kan segala-galanya.. Ayat bajet kuat agama eh saya? aha
**********************
p/s : Ustaz saya cakap, penghuni neraka yang pling ramai terdiri dari pemimpin. Makanya kat sini saya tak mau lah jadi pemimpin sangat. Biar saya jadi pemimpin untuk diri saya dan anak anak saya je nanti.
so anyone yang nk jadi pemimpin if nak ambik kertas cadangan sy kat atas ni ambik lah, saya ikhlas orang nye... ;)
Okay, wanna sleep now! mana tau mimpi jadi puteri raja pulak kan.. wahhh lagi best! haha
Assalammualaikum..