DIAM ! SILENT.. itu yang sinonim bg aku sekarang..
perlu ke aku bersuara tentang ketidakpuashati aku ini
ya aku punya hak...!
tapi aku gusar jika aku bersuara, akan bertambah buruk
sebabnya aku tak betah menahan emosi
dan jika aku keluarkan hak2 aku,
hak kamu siapa perlu jaga,,,
nanti kamu bilang kamu juga ada hak.
tidak... kamu juga perlu kepuasan.
bukan hanya aku seorang
aku juga kena jaga hak kamu..
maka itu aku pilih berdiam.
aku tak tahu di mana salah aku mahupun kamu
apa antara kita ada salah?
jika tidak knp harus aku begini? diam seribu bahasa.
seolah-olah aku terasa sesuatu dengan mu
tapi apa?
ya itu persoalan..
maka itu juga aku pilih berdiam.
kau minta penjelasan,
''mengapa aku begini? mengapa aku begitu?''
tapi apa kamu terus pedulik dgn penjelasan aku itu
atau kamu akan terus menerus salahkan aku, katamu nanti
''aku ni gedik, mengada, ikut kata aku saja tak fikir perasaan kamu''
untuk tidak menambah kekeringan rasa sayang kamu dalam hati ini,
aku pilih berdiam..
haa mungkin juga aku terasa tanpa sebab.
minta perhatian mungkin?
mungkin kah?
persoalan demi persolan
apa aku perlu diam kan diri begini lagi terus dan terus begini
aku buntu dan aku pilih berdiam.
akal berkata ia, hati berkata jangan.. adakah ini ego!
diri diam seribu bahasa, hati bilang rindu.. dan adakah ini hanya satu mainan perasaan.
aku terdiam lagi..
disini ingin aku katakan, diam aku bukan diam berdendam
ya mungkin diam aku diam terasa,
mungkin ada sebab lain
mungkin juga hal-hal yang tidak penting... ya aku mmg mudah begitu
ini lah aku
si sang puteri yang sangat teruk.
tapi masih bersyukur kerana punya keluarga yang sentiasa di samping aku walau jauh beribu batu
dan kamu tetap terus ada di hati aku walau sebesar rasa TERkecil hati aku dengan kamu.
cuma satu aku harap agar kamu baik-baik saja di sana,
usah lah kamu menyusun kata risau tentang aku disini.. mungkin itu DUSTA!
kalau tempoh hari kamu tak hirau tentang aku,
atau dengan kata kesat kamu tak pedulikkan aku langsung!
untuk hari esok lusa dan tulat aku yakin kamu mampu lakukan itu sekali lagi
demi teman2 sejagatmu mungkin.
tapi doa aku tetap ada tersemat nama kamu
aku brharap juga ini adalah mainan dunia,
dugaan hidup, ujian untuk kita,
lumrah hidup kita yang kadang baik kadang tidak
beri aku masa untuk membuka hati ini seluas dulu..
agar aku tak mudah lagi berkecil hati dengan benda yang tak patut aku berkecil hati
**************************************************************
Sometimes DIAM itu baik sometimes DIAM itu tidak.
Bukan ingin lari dari masalah, tapi hanya mampu begini...
Assalammualaikum
*aku kau di atas tidak ada kena mengena dengan tuan blog :)
0 comments:
Post a Comment