Followers

Sunday, December 9, 2012

I Kita MANUSIA I








Kita manusia.
Ada maruah.
Ada perasaan.


Namun kita
seringkali terlupa.
Kita sama.
Semua sama.
Ada salah.
Ada jatuh.
Ada malu.
Ada sakit.


Bila lupa,
kita menghukum.
Kita melabel.
Kita mengeji.
Kita memaki.
Kita menjari.
Satu pergi.
Empat mari.


Bila dihina,
kita sakit.
Kita pedih.
Kita jerit.
Kita sisih.


Kita lupa.
Semua manusia,
ada khilaf.
Maka hendaknya
usah dihukum
sesuatu yang
sudah dihukum.


Menuding jari
tidak membawa
kepada penyelesaian.
Mengguna aqli
mencari punca
sesuatu sesalan.


Aku mati.
Mati dalam
diri sendiri.



*******************************************


Sebab manusia selalu lupa. Bila menghukum seseorang, kita lupa hakikat azali bahawa yang dihukum juga manusia biasa. Manusia yang buat silap, dan sesal akan kesilapannya.

Dan memang lumrah manusia apabila buat baik tidak pernah dikenang bila buat salah sentisa dikenang sehingga dituntut hak yang mereka mahu.

Terima Kasih.
Assalammualaikum



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly