Followers

Tuesday, November 20, 2012

I Lets Pray For GAZA I



Aku rangkaikan dalam satu kata,
Yang hidup kita berdua berbeda,
Masakan sama,
Aku di sini,
Kau pula di sana.
Saat aku langkahkan kaki keluar
Aku masih bisa melihat tawa
Sedang kau di sana,
Tangis di celah derita.
Aku jadi cemburu
Pada kamu,
Kerna hidupmu  yang penuh liku
Dan sendu itu
Bakal terbalas dengan hadiah dari kekasihmu, Tuhan yang satu.
Sedang aku,
Belum pasti perginya bagaimana.

Meski ada sesetengah manusia memekakkan telinga,
Walhal saudara mereka menderita,
Hingga tidak mampu menyorokkan rasa,
Tapi,
Kau masih kental,
Bahkan masih tegar,
Mengutip batu batu kecil buat dilemparkan pada mereka zionis Israel.
Dan tika saat ini,
Aku tembakkan doa,
Buatmu saudaraku tercinta.
Aku yakin,
Suatu hari yang hak itu bakal jadi nyata,
Bertahanlah hingga saat itu tiba,
Wahai saudaraku Palestina tercinta.

PRAY FOR GAZA

**************

Assalammualaikm,, saya baru saja dok baca news about saudara-saudara Islam kita di Palestin sana and sekaligus saya terbaca some comment on fb about this. Ada certain comment yang mencetuskan kemarahan para FB yang lain and ini timbul satu perdebatan dan prgaduhan..

Ya Allah, di sini apa yang saya ingin katakan, kita tak perlu lah dok bergaduh dalam FB tu pasl ni. Makin lama become worse to them you know.. Sedih lihat mereka yang bermandikan darah disana terutama bagi bayi and kanak2 yang sepatutnya bebas untuk bermain ditembak dan dibunuh.

Apa yang saya harap, kita as a seorang Islam di Malaysia yang sememangnya hidup dengan aman dan penuh keselesaan ini adalah kewajipan kita utk membantu saudara sesama agama kita ketika mereka dizalimi oleh musuh agama. They don't need US$7.7billion, but sekurangnya kita berdoa agar mereka mencapai kemenangan dalam mempertahankan masjid Al-Aqsar..Baitulmaqdis.. Tak perlu lah bising2 nk gaduh bagai. 

Tepuk dada, Tanya Iman, Angkat Tangan, Berdoalah...!
Ketika mereka menjerit meminta pertolongan,sanggupkah kita berdiam diri sahaja ?




''Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu,  kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu,  
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas,
Kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
 
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam.Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan,
Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. 
 
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. 
kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.''



:: Cuma dalam 1 minit, mari kita berdoa utk mereka. Mereka adalah saudara kita. Mereka memerlukan kita. Doa adalah perkara yg sangat bernilai utk mereka. Ikatan dari hati ke hati membuatkan kita bersama mereka. ::

Assalammualaikum





0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly