Followers

Sunday, August 28, 2011

Ucapan Selamat Hari Raya utk semua ^_*






Assalammualaikm,,

pg ni cik wani nk ucapkan salam lebaran
 to all bloggers...
Walaupun kita kenal di alam maya je kn..
mana lah ta, kalau2 ad entri yg mngguris perasaan korang,
yg mmbuat korang kecik ati .
ad kata2 kasr ke dlm ni yg wt korang terasa hati
so maafkan cik wani ye. 0-0 lah pasni k..!  
*pppeeeaaaaccceeee*

ok hope raya tahun ni raya yg lebih brmkna drpd thun2 lepas.
wlpn raya2 tu suke2 korang kene jge dri gak ye!
jgn lah men sgale meriam ke mrcun ke pe.
n time balik kg tu, tke care crefully on your driving.
mkn tu jage.. jgn nk melantak bnyk2.
mknn2 tu bnyk kolestroll woooo....... haha

ok again..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN

^_^

Saturday, August 27, 2011

I aku mahu pergi I



jika aku punya sehari cuma
Aku mahu dipelukmu tanpa bicara
Biar dengar degupan jantung kita seirama
Untuk kali terakhirnya

Dan..

Sebelum aku pergi

Pergi jauh dari kau di sini
Aku mahu kau berikan aku senyuman bahagia
Agar tenang aku pergi ke sana.

Jaga diri ya ..



^_^



Thursday, August 25, 2011

I Mencari LAILATULQADAR I






Assalammualaikm..


Kini sudah masuk minggu terakhir Ramadan. Satu perkara yang sering diperkatakan dalam minggu terakhir Ramadan setiap tahun oleh umat Islam ialah mengenai malam al-Qadar yang sering disebut sebagai "Lailatul Qadar". Seperti mana yang dimaklumi, malam al-Qadar penuh keberkatan di sisi Allah SWT. Ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan dan disebut sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan.


Ini seperti mana yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Qadar ayat 1-6

yang bermaksud, 

"Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadar.

 Apakah yang dimaksudkan malam al-Qadar itu?


"Malam al-Qadar adalah malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Turunlah

malaikat dan rohnya dengan izin Allah. Selamatlah malam itu hingga terbit fajar."



Pada umumnya sudah banyak diperjelaskan sama ada secara tulisan atau lisan (ceramah, forum, bengkel atau seminar) mengenai kelebihan, fadilat, sejarah

peristiwa dan gandaan pahala amalan ketika malam berkenaan. Ibu pun slalu nasihat mlm2 mcm ni lah rajin2 bangun malam. Namun, apa yang jelas daripada segala penerangan sama ada tulisan atau lisan, ternyata pada umumnya umat Islam tidak tahu bilakah tarikh atau masa yang tepat bagi memastikan malam al-Qadar.



Antara ketentuan yang diperakukan oleh ulama mengenai malam yang lebih baik

daripada 1,000 bulan itu kemungkinan jatuh pada tarikh berikut:



--> Pada malam 17 Ramadan; atau



--> Pada malam ganjil mulai dari 10 hari yang terakhir pada Ramadan.



Selain itu, banyak sekali hadis yang menyarankan umat Islam supaya mencari malam al-Qadar. Antara hadis yang dapat dikutip dalam kitab fikh yang memperkatakan suruhan atau amalan untuk 'menemui'malam al-Qadar menyebut:



i. Dalam Sunah, Abu Daud, Ibn Mas'ud menyatakan,"carilah malam al-Qadar pada malam 17 Ramadan...";



ii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah,Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "carilah dengan sedaya upaya malam al-Qadar pada malam ganjil dari 10 malam yang terakhir pada Ramadan";



iii. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada Ibn Umar,Rasulullah menyebut, "Saya melihat mimpimu bersepakat menetapkan bahawa Lailatul Qadar pada tujuh malam terakhir. Maka sesiapa yang hendak mencari Lailatul Qadar, carilah pada malam tujuh yang terakhir";



iv. Diriwayatkan oleh Muslim dari Ibn Umar, Rasulullah bersabda, "Carilah

Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir, jika seseorang kamu mencari maka janganlah kamu kalah dalam mencari pada tujuh malam terakhir"; dan



v. Bagi al-Qurtubi, seorang ulama menyatakan bahawa,jumhur ulama berpendapat

bahawa Lailatul Qadar adalah pada malam 27 Ramadan.Ini berdasarkan Rasulullah SAW bersabda, malam al-Qadar adalah malam 27 Ramadan".



Berdasarkan maksud hadis itu ternyata tidak disebutkan dengan jelas tarikh

Lailatul Qadar yang tepat. Apakah hikmah di sebalik rahsia tarikh atau masa sebenar Lailatul Qadar?



Menurut Prof Dr T M Hasbi Ash Shiddeqy dalam bukunya Pedoman Puasa, beberapa ulama sependapat bahawa tarikh berkenaan dirahsiakan supaya umat Islam benar-benar

beriman, bertaqwa dan ikhlas beribadat serta berusaha untuk mendapatkannya.



Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan

dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah:



- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;



- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa berdoa sepanjang hari;



- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;



- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat,berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik; dan



- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya.






Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah.


^_^



Wednesday, August 24, 2011

I Ada sesuatu dalam fikiran I



Hendak ku luah tapi tak tahu
Apa yang berlaku padaku
Rasa tak menentu saban waktu
Bagai ada yang mengganggu
Apakah itu di dalam hatiku
Tidak tenteram di dalam kalbu
Rasa gundah tak menentu
Sakit jiwaku menahan pilu
Bagaimana hendak kutahu
Ada sesuatu di dalam diriku..


p/s: aku terkena flu since last monday..
argghh.. bad flu. T__T


^_^



Monday, August 22, 2011

I Jom aktif kan AMYGDALA.... I



BAU - Warkah






Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada

******************************


Pernah dgr lagu ni??
Ye..aku tahu.. drama Sindarela
Tapi aku dah tau lagu ni lagi awal dr ianya keluar kat citer tu..
Pernah gak dlu cari CD kumpulan BAU kt kedai,
tp takde laa plak...
last2 cari kt lptop je.

Bila dengar lagu ni,
rase melayan je..
iramanya ringkas, namun berkesan..
Lirik pon boleh tahan gak..
lg ngh mlm2 cmni...
tangkap leleh beb.............!  T___T

erk... ok! xpyh nk leleh sgt ler wani
ok nk off!

Just sharing..
enjoy!!!
Selamat Malam....


p/s:

bagi yang tak tahu apa itu amygdala,
AMYGDALA  adalah satu bahagian di otak
yang berfungsi dalam memori dan reaksi emosi.
Apabila kita terdengar/ terlihat/ terhidu sesuatu
dan kita teringatkan satu kenangan
dan kemudian kita sedih/ gembira/ benci/ marah
amygdala lah yang bertanggungjawab terhadapnya. 



^_^


Saturday, August 20, 2011

I Surat untuk BULAN I




Aku kirimkan pada Bulan,
jiwaku,
beri pada dia.

Biar dia terang
biar aku lihat dia

dia siapa?


CINTA?

?????



i miss someone actly, 
but i dont know that someone really miss n remember me or not..


SUNGGUH>>>> aku RINDU......
kuatlah wahai hati....


^_^

Thursday, August 18, 2011

The worst thing!!! argh.. @__@



Assalammualaikm,,
salam ramadhan hari ke 18..

jom tgok bnde pling truk in the world...!


the worst advert! mcm x stabil je model tu aq tgk. dah mcm asam keping je !


the worst job! euw!! geli doe!! klo wangi takpe,,tp klo hangit....



the worst place to relax!! ni pon bleh jd tempat paling teruk nk wat konset..
free je kang dpt btol hggap kt dahi


the worst place to sleep,, mcm mna mamat tu leh lentok,aq pn x phm.. dah lah rmai org,awek cun pn ad...


the worst place to work! brtambah teruk sbb rakan sekerja montel



the worst potrait,,kau mmg jht!! bdk kck pn nk buli.. tp mmg ada gaya skit la bro.

aha..!
ok anggp je entry ni just for fun.
xtw nk wtpe pg2  i.
sume dah siap kemas..

ok!

^_^

Sunday, August 14, 2011

Bila malam bertandang dan saat mata belum tertutup ...



.................................................................................
.............................................
....................

my heart ,



for those in my mind right now ,




guys ,




I heard someone whisper your name , 

but when I turn around to see who it was ,

I was alone ,

then I realized that it was my heart ,

telling me ,

AGAIN ,


.............................................................................
........................................................
..............................


p/s : kuatlah wahai hati :)

^_^


Saturday, August 13, 2011

I Mereka Tidak Mengerti I





Mereka tidak mengerti,
Atau tidak melihat,
Bukan tidak berakal,
Atau tidak berfikir.,
Aku diam,
Bukan tidak bermulut,
Atau tidak berlidah.
Aku pun punya perasaan

Mereka tidak mengerti,
Walau mereka melihat,
Di mata lain,
Di hati lain,
Dipandang lain,
Dituju lain,
Dicadang lain,
Dibuat lain,

^_^


shiema sufian nak bagi duit raya!




Assalammualaikm,
wani nak join GA from

 :: Shiema Sufian ::


komen ikhlas from cik wani :

your blog very nice dear!
cntik sngat2..
pink2 gitu...
xserabut mabut mcm blog wani ni.. ngeee....
yg penting very simple..

nice!

n wanna tag :: cik Zuzu


due date : apabila pengisytiharan raya diumumkn! 


^_^


Kempen "Giveaway Duet Raya 2011"




nak j0in KLIK BANNER yea...

Due date : 24/8/11

^_^


Friday, August 12, 2011

I Daripada Hati Jumaat I



Assalammualaikm,, lama aku biarkn blog ni diam seribu bhasa..  maaf,, lately agak sibuk skit.

erm, pg ni nk wat satu kesmpulan skit...
terkadang org silap menilai siapa diri  kita,biarpun diam x bermakna kita sombong., biarpun diam bknnye mksd kite marah... aku penah dgr ttg pepatah yang mengatakan berdiam itu lebih baik daripada bercakap...aku skong statement nie...sbb aku nie kadang2 suke bckp tp ada stu hari tue aku diam je.. bknnye ape nanti klo byk sgt cakap mane tau kite tersalah cakap smpai org tue kcik hati kt kte... kadang2 byk ckp nie jgk bhaya.. jmpe org nie nk ckp, jmpe kwn yg sorg lgi kt sana tue nk ckp.. hmmmm,ble la nk stop bckap,. .xletih ke mulut tue?? hehehe... nie antara hadis Rasullulah mengenai kelebihan bila kita diam..

* “Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”.  ( RW ABU NAIM )

* “Barangsiapa yang beriman kepada Alah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.  
( RW BUKHARI & MUSLIM )

* “Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.  
( RW AT-TARMIZI )

bnyk kan kelebihan sekiranya kita berdiam?? sesungguhnye diam tue adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkara atau hal yg sia2 ataupun tidak berfaedah..nie antara HIKMAH DIAM...

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta kepada orang.
6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia. Untuk renungan bersama di pg jumaat yg indah ini..

Selamat Menjalani Ibadah Puasa yg ke 12 
Assalammualaikm

^_^


Sunday, August 7, 2011

M.E.M.O.R.Y



when there's come a lonely moment
Slow the tears will flow
Remember all the sweet nor bitter past
That went thru my mind
And in my thought.



^__^

I Im JEALOUS type person.. I



Assalammualaikm,,
haha pg2 lg dah kluar title entry yg agak mengemosikn dri sndri..


hah amek kau!
bkn men besor warning kt ats tu...!
pdn mke aku!
tips utk aku sendiri…sile lah ikut wahai cik wani…

Atasi Sifat Cemburu

1. Hormati perasaan pasangan kamu. Dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita lain. ( fikir-fikirkan dan selamat beramal..)

2. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kamu boleh berubah dalam masa yang singkat. (ye….aku akn berusaha…!!)

3. Tuliskan apa perasaan kamu apabila kamu merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Adakah kamu ingin meneruskan hidup kamu dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka berubahlah segera. (aku kne buat sekarang jugak….)

4. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kamu meledak. Adakah adil kamu menyisihkan si dia daripada orang lain? Bukannya sesuatu yang teruk andainya dia senyum dengan orang lain or the more big worse if si dia start mule dlu nk brkwn ngn some1..  (Betul juga….tak kan xboleh…+ve lah sikit wahai diriku….tlg lah.. hmm but tht statemnt mybe not for me actly ! )

5. Bina keyakinan diri. Kita mungkin rasa tidak selamat jika bergantung kepada si dia. Luaskan persahabatan dengan orang lain.  (fra…...jom kita berlepak..lepak…skrg boleh!!! argh!)


sekiranya ko berjaya utk tidak jeles wani……kau mmg terer beb!
ahhhhhhh..... boleh ke?
ok ckup wani.. !
dont be like this.
ok !! 
n smile....... =)




hmm,, dye bkn hak aq. n dye ad hak nk wtpe pn.
ya hak dye aq xleh halang!
begitu juga hak aq! 
plz wani dont be like this.
kne ikhls kn dri kau.! 
ok aku cuba!
plz wani jgn rasa serik dgn ape trjadi lg.
just be cool.
must believe him.
ya BELIEVE..!




^__^


Saturday, August 6, 2011

I Lelaki oh lelaki I



Assalammualaikm,,

Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita relax je.. Tak kisah pon.
erk.. chop!! bkn x kisah but mls nk jadikn isu or topik yg besar.!




"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang gadis yg juga rakan sejawat kami. Maka jawablah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Dia tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
 "Habis sekarang kenapa tidak belajar?" 
Tanya Si lelaki lagi dengan penuh angkuh dan bersemangat.
 "Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" 
Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.



 Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangga nya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

 Kalau tidak pandai jadi imam,belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimami satu taman perumahan juga.
 "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"  
Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinyalebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri -sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan seperti mana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki.




Notakaki CikWani : pesanan utk bakal laki wani..kt mne pon awak berada..saper pon awak..xkesah r..asalkan laki... sy nk jd makmum awak..nk aminkan doa awak..xpndai doa arab pon xper..saya pon xpaham..doa bm sudaa..asalkan ikhls..laju je sayer aminkan..=P

^_^


I Burung putih terbang tinggi I





kadang-kadang,
terfikir juga mahu lari dari semua
tapi tanpa semua aku bukan siapa-siapa


should i run and be nothing
or should i stay and be everything...
that im not.






p/s: awk MAH... thx a lot. 
sy xprlu kn semua tu.
thx to put all blame on me. 

^_^

Friday, August 5, 2011

I Monolong Dengan Bulan ... Cinta dan Jarak I



Hai awak.

Biar saya berterus terang.

Awak tahu satu perkara saya tak yakin?
Ianya cinta jarak jauh.
Tapi saya bukan tak yakin dengan perasaan cinta itu sendiri, saya cuma tak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen terhadap cinta tersebut.



Setiap pasangan cinta jarak jauh akan berkata

"Hey, kita mampu lakukannya."
Dan dengan kepercayaan itu, mereka tempuh hari-hari seterusnya.



Mereka akan terus percaya,

walaupun dalam hati perit terasa.
Tiada suara, tiada belaian, tiada jaminan.
Hanya berbekalkan kepercayaan.



Satu hari, ketika orang sekeliling berpasang,

mereka hanya seorang.
Hakikat paling kejam dunia datang merejam
kesunyian datang mencengkam.



Hari demi hari,

panggilan makin kurang,
suara makin suram,
dan datang dugaan berulang
yang dekat lebih selesa
dari yang jauh kononnya percaya.



Curang. Nafsu. Marah. Geram.

Percaya semakin tenggelam.
Cinta yang diucap dulu, kini dalam kolam.
Mana semua janji?
Mana semua panji?
Mana kata "Hey, kita mampu lakukannya" pergi?



Maka, berakhirlah satu cerita cinta.

Yang dipisah bermula dengan jarak,
dan diikuti dengan percaya, yakin, tulus, cekal.
Lalu tiada apa yang tinggal.



Sebab itulah, awak.

Walaupun kita dipisah 400,000 KM perginya,
walaupun kita tiada suara datang berdering,
biarkah kisah kita berkubu di sini.
Di sini di mana semuanya bermula.



Andai satu hari nanti kita bertemu semula

kita akan fikirkan jalannya.
Sebelum tiba waktu itu,
hiduplah seperti sediakala,
bertemu sesiapa yang mahu ditemu,
ketawalah sekuat yang hendak ditawa,
menangis esak seesak-esaknya,
bercinta dengan hati yang penuh ria.



Kerana itulah kehidupan.



Jangan kerana cinta jarak jauh,

kehidupan digadaikan.
Kerana cinta itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan.






Biar apapun,

hati ini akan kekal, dan kekal ada ruang berisi sesuatu yang saya gelar 'awak'

^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly