Followers

Sunday, December 30, 2012

Missing YOU




bila kita jauh
aku selalu tulis
cerita, puisi dan lagu
tentang kita.
di mana kau wira
yang datang selamatkan aku
di mana kita menentang arus
demi cinta kita
di mana kita hidup bersama
dengan riang sampai bila-bila.
kenapa?
kerna aku x pandai bermain kata-kata rindu apatah lagi sayang padamu.
dan karna
hanya tulisan dapat
dekatkan jarak antara kita. 


***********************************************






:: Yang manis itu ketika dua orang saling rindu, namun tidak berkomunikasi, tetapi keduanya saling mendoakan di dalam sujud masing-masing ::


Friday, December 28, 2012

Motivate


Jika kita mahu untuk jadi sesorang dalam hidup... 
Jika kita hendak capai sesuatu...
Jika kita hendak menang… senantiasa lah, kita mendengar… 
Walaupun ia tidak memberi mana2 kita jawapan...
Tutuplah mata, 
Dan fikir serta lihatlah ibubapa kita... 
Dan kemudian , kita akan m’yeberangi semua halangan2 itu… 
Semua masalah2 kita akan hilang, kemenangan itu, kita yang punya....
Hanya kita yang punya...

*****************************************


Assalammualaikum...


Pagi jumaat ini, saya nak motivate diri saya.. Lagi2 kami kat sini tengah final exm. Satu paper dah selamat kami jawab semalam... Now I have 5 more paper untuk berperang.. Wish us do more the best than yesterday okay..

Anyway, wanna share something, semalam time nak solat magrib, saya ternampak cahaya yang sangat cantik. Lama saya xnmpak DIA.. Mungkin saya busy sampai xtgok apa yang ada di alam sekeliling. 
Alhamdulillhah, malam semalam DIA telah menerangi saya dan sdikit sebnayk beri kelegaan dalam hati yang sememangnya sangat risau, gusar, khuatir, keliru dengan apa yang berlaku lately..






I miss my MR.MOON ..



Thursday, December 27, 2012

DIAM







DIAM ! SILENT.. itu yang sinonim bg aku sekarang..

perlu ke aku bersuara tentang ketidakpuashati aku ini
ya aku punya hak...!
tapi aku gusar jika aku bersuara, akan bertambah buruk
sebabnya aku tak betah menahan emosi
dan jika aku keluarkan hak2 aku, 
hak kamu siapa perlu jaga,,,
nanti kamu bilang kamu juga ada hak.
tidak... kamu juga perlu kepuasan.
bukan hanya aku seorang
aku juga kena jaga hak kamu.. 
maka itu aku pilih berdiam.

aku tak tahu di mana salah aku mahupun kamu
apa antara kita ada salah?
jika tidak knp harus aku begini? diam seribu bahasa. 
seolah-olah aku terasa sesuatu dengan mu
tapi apa?
ya itu persoalan..
maka itu juga aku pilih berdiam.

kau minta penjelasan,
''mengapa aku begini? mengapa aku begitu?''
tapi apa kamu terus pedulik dgn penjelasan aku itu
atau kamu akan terus menerus salahkan aku, katamu nanti
''aku ni gedik, mengada, ikut kata aku saja tak fikir perasaan kamu''
untuk tidak menambah kekeringan rasa sayang kamu dalam hati ini,
aku pilih berdiam..

haa mungkin juga aku terasa tanpa sebab.
minta perhatian mungkin?
mungkin kah?
persoalan demi persolan
apa aku perlu diam kan diri begini lagi terus dan terus begini
aku buntu dan aku pilih berdiam.

akal berkata ia, hati berkata jangan.. adakah ini ego!
diri diam seribu bahasa, hati bilang rindu.. dan adakah ini hanya satu mainan perasaan.
aku terdiam lagi..

disini ingin aku katakan, diam aku bukan diam berdendam
ya mungkin diam aku diam terasa,
mungkin ada sebab lain
mungkin juga hal-hal yang tidak penting... ya aku mmg mudah begitu

ini lah aku
si sang puteri yang sangat teruk.
tapi masih bersyukur kerana punya keluarga yang sentiasa di samping aku walau jauh beribu batu
dan kamu tetap terus ada di hati aku walau sebesar rasa TERkecil hati aku dengan kamu.

cuma satu aku harap agar kamu baik-baik saja di sana,
usah lah kamu menyusun kata risau tentang aku disini.. mungkin itu DUSTA!
kalau tempoh hari kamu tak hirau tentang aku,
atau dengan kata kesat kamu tak pedulikkan aku langsung!
untuk hari esok lusa dan tulat aku yakin kamu mampu lakukan itu sekali lagi
demi teman2 sejagatmu mungkin.

tapi doa aku tetap ada tersemat nama kamu
aku brharap juga ini adalah mainan dunia,
dugaan hidup, ujian untuk kita,
lumrah hidup kita yang kadang baik kadang tidak

beri aku masa untuk membuka hati ini seluas dulu..
agar aku tak mudah lagi berkecil hati dengan benda yang tak patut aku berkecil hati


**************************************************************


Sometimes DIAM itu baik sometimes DIAM itu tidak.
Bukan ingin lari dari masalah, tapi hanya mampu begini...

Assalammualaikum


*aku kau di atas tidak ada kena mengena dengan tuan blog :)


Short Note




mungkin pada kau
semalam yang pahit tak perlu di kenang
tak perlu diingati
tapi bagi aku
semalam banyak mengajar aku
menjadi tabah
menjadi berani
menjadi sabar
dan bijak menangani setiap situasi
ingin aku katakan disini
kita perlu berterima kasih pada semalam
kerana semalam membentuk kita 
menjadi lebih baik pada hari ini
jangan kau sedih dengan semalam
walau sepahit mana kau lalui.




***********************************************************



I'm not hoping or asking for a perfect relationship.. 
But as long as you're trying, I'm staying.


I need your spirit but you disappear.
TQ



CRUEL! 


Friday, December 21, 2012

I Things I'll Do If I'm A Ruler I



Assalammualaikm,, 

Tonight saya xde keje, bkn xde kje, tapi saja mlm ni jadi PEMALAS!  so td tengah dok mngelamun... tiba2 terpikir apa jadi ya jika saya jadi seorang PEMIMPIN?  

Kalau saya jadi pemerintah?? errmmm..! Sat noh ingat balik En.MFJ pnh bgtau kat cheq dulu...

.................................................................................................................


Well. MFJ saya cakap confirm dunia tunggang langgang. Then saya baring. Kemudian saya renung renungkan. Ape yang saya akan buat kalau saya bisa jadi pemerintah?! ahaha

Well...  Korang akan pikir saya ni haprak gile. Tapi tak lah haprak sangat. Hapak mungkin. Sebab kalau saya jadi pemerintah mesti saya tak cukup masa nak mandi and bersiap. Sbb nye saya ni bersiap mmg berjam2.. haaa ok ok ok.. back to the topic! Hehehe.

1. Kalau boleh saya nak bina rumah perlindungan bagi perempuan yang terlanjur dan ter’mengandung’ anak luar nikah. Okey. Saya bukan lah menyokong apa yang diorang buat. Tapi diorang perlukan bimbingan kan. Jadi di situ nanti, saya akan adakan lah ustaz dan ustazah yang akan ditapis dulu oleh saya sendiri. Saya nak pastikan, mereka yang bekerja di situ adalah ikhlas, and akan mampu bimbing mereka bukannya mencaci mereka. Kadang kadang masalah macam ni, masyarakat kita lebih suka mencaci dari membimbing. Setuju? Kalau tak setuju, kau boleh blah! miahaha, Well rumah ni di bina untuk perempuan2 yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah yang di buang dari keluarga dan dibuang oleh si lelaki durjana. Jadi insyaAllah lah saya mampu kurang kan kes buang bayi dan sekali gus mungkin leh kurangkan jugak jumlah orang yang mengandung luar nikah.

2. Sekolah untuk anak luar nikah. Saya cukup cukup lah pantang! Kalau orang panggil anak luar nikah ni anak haram. Kepala hotak mu.! Anak tu tak haram. Yang haram adalah ape yang mak bapak dia buat. Okey. Ape fungsi sekolah ni? Amat susah lah budak budak ni nak sekolah memandangkan anak luar nikah lepas ni takkan di bin kan dengan sape2. Jadi kalau masuk sekolah biasa confirm kene buli bagai. Kalau mereka masuk sekolah yang sume same. Tak de lah dorang dalam situasi bahaya kan?

3. Kalau mampu, saya nak hantar 12 dozen kereta kebal ke negara negara islam yang tengah di bom sekarang. Well. Negara kite banyak kete kebal. Tapi di gunakan bila hari perarakan time merdeka je. Buat ape ade kereta kebal setakat nak buat berarak. Herm tak bagus tak bagus. Kite pun kan katanya Negara Islam. Jadi sape lagi kalau bukan kite nak tolong Negara Islam lain kan. Alah setakat kau buat demokrasi tepian jalan tu, sikit pun dorang tak peduli lah.

4. Saya ingin kurangkan syarat syarat untuk pinjam duit kat bank. Saya tak tau lah saya boleh buat macam tu ke tak kan. Tapi kalau boleh. Memang saya nak buat. So tak de lah orang nak pinjam kat along. Kalau bapak die tak de duit nak bagi anak makan, then pinjam duit kat along. Tak mampu bayar. Kene seksa sampai si ayah cacat. Sian si anak kan? ~okeyyy saya dh mula mencarut!~

5. Kalau boleh juge sistem perundangan ni saya mahu gubal. Saya mahu samakan kedudukan semua pihak bawah sistem perundangan. Kalau boleh lah. Ye lah. Kalau si askar atau polis buat gini tak ape. Kalau rakyat biasa buat tak boleh. Kalau si pemimpin tak ape. Si rakyat tak boleh. Huhu. Okey ini adalah isu sensitive . Stop! 

6. Saya akan hantar orang orang Malaysia yang sekarang berada dalam perusahaan minyak untuk ke luar negara belajar cara nak hasilkan petrol yg berkualiti. So nanti tak perlu lah kite jual minyak kite kemudian import minyak orang luar yang membuatkan harga minyak naik tiap tiap tahun. So leh kurangkan harga minyak kan. Herm mane nak dapat dana kewangan Negara? Lebih kan pada industri perlancongan dan pertanian. Okey kot kan? Ape ape pun. Nanti pasti saya punye konsultan kan. Leh saya tanye die nanti. Sape mau jadi konsultan saya? haa  sila angkat tangan!!

7. Saya mahu kite gunakan air dari negara sendiri. Kemudian kalau boleh saya mahu semua negeri, bil air di tanggung kerajaan sebanyak 10 ringgit. Macam yang pernah buat kat Selangor dulu. Tapi skrg dah xde kot kan.. Herm. Kalau lah jadi camtu lagi kan KALAULAH kan! hmmm (bajet jalan mundar mandir tangan kat belakang) Memandangkan saya tengok tak de pun Selangor mengalami masalah tak makan sebab air ditanggung. Jadi  saya mahu buat ke seluruh negeri. Tapi tak bermakne korang leh bazir air lah kan. Saya cepuk pale korang nanti.!

Lagi ape saya mahu buat eh? Herm. Sekarang macam tak de idea. Ehhh! ouh. Lah tak sangke tak sampai sepuluh pun bende yang saya nak buat. Herm. So tak lah saya hapak nanti. Sempat lah mandi. Ahahahaha. Tapi itu pun kalau saya jadi pemimpin. Tapi tu semua angan angan. Ape yang saya nak buat tu pun belum tentu di buat. Maklumlah. Saya hanya lah merancang Allah yang tentukan kan segala-galanya.. Ayat bajet kuat agama eh saya? aha

**********************

p/s : Ustaz saya cakap, penghuni neraka yang pling ramai terdiri dari pemimpin. Makanya kat sini saya tak mau lah jadi pemimpin sangat. Biar saya jadi pemimpin untuk diri saya dan  anak anak saya je nanti.

so anyone yang nk jadi pemimpin if nak ambik kertas cadangan sy kat atas ni ambik lah, saya ikhlas orang nye... ;)

Okay, wanna sleep now! mana tau mimpi jadi puteri raja pulak kan.. wahhh lagi best! haha 

Assalammualaikum..


Wednesday, December 19, 2012

I DEBATE I






*********************************



Assalammualaikum......

tengok budak madrasah dalam video tu berdebate.... perghh giler mantap..! Im salute her!
Anyway, esok saya ada debate... hope can do better and better than practice selama bbrapa hari ni..

If in Malay maybe Im not too worry but in English, cannot bring any note or  reading! hoomaaaiiii!!! how come!  never mind, I will try do my best, best and the too best! ya!

In this occasion, wanna wish congrats to my youngest brother on his PMR... and to other candidates too :D

okey okey okey,, wish me luck tomorrow okay....


Tuesday, December 18, 2012

Mereka Yang Selalu Ada ....



malam semakin terang
mereka datang
membawa impian
dan cahaya yang terang


tempatku becerita
temanku yang setia
walaupunku sendiri
aku masih tersenyum
karena mereka selalu ada



*******************************



Assalammualaikum.... 

saya masih di Utara menjalankan tanggungjawab saya... Harap kamu-kamu yang saya sayangi di sana bersabar menanti kepulangan saya dan mendoakan kejayaan saya disini.

Ya.... I MISS YOU SO MUCH..... 

To ibu ayah : Tke Care, semoga ibu ayah dalam keadaan yang sangat baik, doakan anakanda mu yang di perantauan ini sihat selalu, berjaya dunia akhirat, tabah mnghadapi segala dugaan dan ujian.. Truly is anakanda mu ini sangat merindui mu. Cuma terkadang masa mencemburui kita untuk bermesra.. Khamis ini, kami ada debate, doakan anakanda mu ini wahai bonda ayahanda.. 

To adik2 and abang : Dik mal, gudluck on your result PMR.., Dik Nadi and Abang, u too, gudluck on your study, hope more success in your life, insyaAllah.. 

To MFJ : Awak, take cre, jaga ksihatan awak, maybe Im not show that Im not care about you but deep in my heart I care about you...  Im sorry too because I'm too busy lately.

SAYA SAYANG KALIAN ...



Monday, December 17, 2012

Laugh & Cry in one time









I know, ridiculous and a bit hilarious, isn't it?

It got me laughing like mad too! yeahhh actualy im very stress right now!!!
This is Bob's rendition of 'My Family' for his UPSR Penulisan Bahasa Melayu.



I don't know about you, but just by reading it once, I felt sorry for Bob.
Read again if you're not on the same page as I am.
For those who still don't understand, here's what's Bob trying to tell you:



* If you think your dad's garang, at least he IS at home, being garang.
*If you think your mom's naggy, at least she's nagging not moaning.
*If you think your sister's getting under your skin, at least she's still breathing.
*If you think your brother's a lil too weird for you, at least you can say he's cool.
*If you think that your lil sibling is an imaginary lil midget because they annoy you to the core, some people out there, like Bob, would love to have an existing baby brother or sister.



And last but not least ,



*If you think you're grampa's too old, be a good grandchild and drive him everywhere he wants to go OR SOMEONE'S GONNA END UP DEAD. LOL. Oh you know what i mean! lol.



Friday, December 14, 2012

I really wish, I always pray for us




perjalanan aku dan kau masih jauh
sorang di selatan dan sorang di utara
masih banyak liku dan persimpangan yang perlu kita lalui
membina kesabaran agar tidak mudah goyah
mengukuhkan kepercayaan agar ia sentiasa utuh
hari-hari yang kita lalui mengajar kita sesuatu
sesuatu yang perlu kita tempuh
walaupun ia pahit dan kelat
tapi dalamnya terselit kebahagiaan
aku berharap aku mampu menjadi yang terbaik untuk kau
dan aku berharap kau dapat menerima aku seadanya
aku berharap agar bahgia akan memihak pada kita kelak


****************************



Assalammualaikum.... Selamat Pagi semua :D


I don't know why mlm tadi susah sgt tido.. macam-macam benda yang dipikir, tapi yang satu tu knp sukar sangat nk ingat.... dok pikir pikir pikir.... macam ada something yang perlu sangat saya ingat ingat dan terus ingat....  after solat subuh tadi, baru teringat...

What DAY is today?  14 December! ya that time coming..... mybe untuk kamu- kamu smua arini adalah hari biasa, but not for me.. even yang ingat nye hanya lah berpihak pada yang satu ni, but its okey.... today is a special day in my relationship with MFJ ! 

try look at calender because macam x percaya, begitu cepat masa berlalu... ya that is true. 
14 December.... tarikh yang mengikat hubungan kami ke arah lebih serius... 


Alhamdullilah, all this while everything is okay, and insyaAllah will be okey, good and nice for the future too. InsyaAllah...



  


Selama ini, ada yang bertanya, knp saya mesti letak gmbar ni, kt blog ni pun sy pilih gambar ni... erm,, let me explain, this picture is a our first picture selama persahabatan kami.. Selama kami berkawan, we never have outing together, snap a few picture like others friend.... Hubungn kawan kami hanya setakat dalam kelas and phone...    

After 6 years kami berkawan, that is our FIRST outing and our FIRST picture.. 

I wish that, hubungan kami kekal till forever and ever... Mybe Im not the type of girl who easily show my love, jiwang bagai like msg, nak cakp ayt manis bagai, I admit it I am not romantic person! Aha ya... I am so COMPLICATED! but nasib awak lah.. miahaha ... no lah,, you knows me better right! 

Thanks to you Love, sabar dengan karenah saya, I know Im not a perfect girl like girls out there... But Im try to be a good girl for you. InsyaAllah.. 


I will be yours one day, InsyaAllah..



 




I don't want a perfect person, I just want someone to act silly with, Someone can respect me as a true lady, Loyal to me, and someone who treats me well & loves being with me more than anything.

I just waiting the right time to show my LOVE, calling somebody HONEY.. and that all just for a RIGHT PERSON.. 

and i hope, and really really hope that YOU is a PERSON that I meant it.. ~21211~


Assalammualaikum.



Sunday, December 9, 2012

I Kita MANUSIA I








Kita manusia.
Ada maruah.
Ada perasaan.


Namun kita
seringkali terlupa.
Kita sama.
Semua sama.
Ada salah.
Ada jatuh.
Ada malu.
Ada sakit.


Bila lupa,
kita menghukum.
Kita melabel.
Kita mengeji.
Kita memaki.
Kita menjari.
Satu pergi.
Empat mari.


Bila dihina,
kita sakit.
Kita pedih.
Kita jerit.
Kita sisih.


Kita lupa.
Semua manusia,
ada khilaf.
Maka hendaknya
usah dihukum
sesuatu yang
sudah dihukum.


Menuding jari
tidak membawa
kepada penyelesaian.
Mengguna aqli
mencari punca
sesuatu sesalan.


Aku mati.
Mati dalam
diri sendiri.



*******************************************


Sebab manusia selalu lupa. Bila menghukum seseorang, kita lupa hakikat azali bahawa yang dihukum juga manusia biasa. Manusia yang buat silap, dan sesal akan kesilapannya.

Dan memang lumrah manusia apabila buat baik tidak pernah dikenang bila buat salah sentisa dikenang sehingga dituntut hak yang mereka mahu.

Terima Kasih.
Assalammualaikum



its me


sometime I do wish this smile will stay...

this face will remain..






but again, I was never the tough one.

even if this stay on my face, still nothing can describe how I feel inside.

truly me...



Monday, December 3, 2012

Perasaan Di Kala Final Exam Nearly




Perasaan selubung jiwa
Berkocak senak di sanubari
Cecair merah berkeliaran laju
Pemantau semakin berkaca
Terpisah setitik permata jernih dari kelopak
Jatuh lari ke bumi bersepai diserap entah ke mana


****************************


Assalammualaikm,,,,

Alhamdulillah Im already done do solat sunat... Ini lah manusia,, lemah sikit, baru nak mnghadap DIA... Ya Allah.. Ampuni dosa2 ku Ya Allah, Kurniakan lah daku kebaikan di dunia dan akhirat...

I don't know why, lately I'm feel so upset,, tired, down sangat2! mungkin ini lah aku bila tiba final exm mula lah macam2 perasaan... Di kala ini, saya hanya mahukan kata-kata semngat dari orang2 yang saya sayng... terutama my ibu...  Saat ini juga, hanya berharap saya punya waktu untuk ke tempat2 yang boleh menenangkan minda saya...


Ya Allah betapa indahnya kalau saya dapat ke sini ketika ini..



Anyway,, doakan kejayaan saya dan kawan-kawan saye... saya tahu mereka juga seperti saya dalam keadaan yang sama...


''Ya Allah, kau permudkahkan lah bagi kami segala urusan kami, Kau permudahkan lah kami dalam mencapai cita-cita kami, kau permudahkan lah kami dalam memahami segala ilmu yang kami pelajari, Kau berkatilah segala rezeki dan ilmu yang kami dapat.. Kurniakan kami kebaikan di dunia dan akhirat, sayangilah kami... Sesungguhnya, KAU maha mengetahui isi hati kami Ya Allah.. Amin Ya Rabb....''


Esok Ive got presentation again... semoga KAU permudahkan urusan kami Ya Allah.. InsyaAllah..
Assalammualaikum.




Sunday, December 2, 2012

Bila lama tak jumpa, ini lah perasaannya!!



Assalammualaikm,,

Wah wah wah...... tajuk entry x boleh blah! Bila lama tak jumpa, ini lah perasaannya!! 
Korang pernah rasa x?? haha title pnjang ni sbnrnye saya nk tulis, tapi pnjang bebenor. xpelah sy pendekkn. haaa ok!

Hari ini genaplah sebulan saya tidak ketemu sama saya punya kekasih hati. Ni lah hakikat yang perlu saya terima bila dapat stdy jauh2... tu lah dulu ibu cakap jgn amek UUM nk jugak... Yes,, actually saya yang mmg nk belajar jauh.. I don't know why,, maybe I guess ada baiknya saya belajar jauh dari keluarga.

Mungkin certain pendapat yang akan ckp that's it smnyusahkan family and diri sendri, but for that's not the reason. Saya ada sebab saya sendiri, bukan sebab saya rasa terkongkong duduk dekat dengan family, NO! tp let me keep that reason okeyy... Nasib dapat dekat Kedah, dulu saya nk dekat Sabah tu tau! nasib sempat tukar fikiran... ;)

And now, saya kena balasan saya sendiri akibat nak blajar jauh2.. RINDDU! ya ya ya, tht is normal kan... Sometimes, bila duduk jauh ni mngajar kita, and can make close in relationship.. Cuma pandai2 lah handle.. Macam saya, ada msa sy not in mood, mungkin dengan bnyk kje kat sini, atau mungkin normal for us as a girls. But thanks to my MFJ yang bnyak bersabar dgn perangai saya, bukan saya nak dalam keadaan xde mood tu, x seronok tau hdp dlm keadaan moody manjang, tp tulah, sometimes ini sume di luar kawalan.

okey,, dah mcam buat essay pulak dah! As a conclusion,, saya sekarang Utara celup dan dia masih setia Selatan. haaa seee jaooohhhh woooo.!!!


tengok muka dia,, punya macam gengster,, padahal tiap mlm menangis tu..
who knows!  :P






ini adalah peta Malaysia. Okey, point saya kat sini tunjuk kan korang peta ni sebab nk korang tahu bahawasanya, Kedah dengn Johor itu jauh beribu batu!!!  Korang nampak tak dekat mana kedudukan negeri Kedah? haa jaohhh kan!

haaa tht why lah... ! erkk okey okey... Assalamualaikum :)



Saturday, December 1, 2012

To cik GAGA BAMBAM




SELAMAT HARI JADI

KE 21

CIK BAMBAM ZAZA!






> HOPE ALL YOUR WISH BECOME TRUE
> HOPE YOU WILL BE A GOOD MOTHER, WOMEN, MUSLIMAH, DAUGHTER, FRIENDS 
> FRIEND TILL WHEN WHEN NOH!  ^_*
> HOPE MORE SUCCESS IN YOUR LIFE





Dia lah kawan senegeri, dia lah kawan gaduh, dia lah kawan yang buat kami rasa geram sometimes, dia lah kawan yang cepat ambik tahu dalm semua hal, dia lah kawan paling aktif makan, dia lah kawan pemberi semangat, dialah kawan paling berani tak kira especially dalm fashion dan dia juga kawan gurauan kami wlpun kdg2 sakiiittttt hati!







kami xcukup kakitangan. Hanya mampu buat ala kadar... but pandai juga kami berlakon erk, sampai azza yang bdk seni lakon pun tertipu dengan kami... wawawawawawa....

Im the MASTER MIND! miahaha,, thx to adk2 junior yang skali terlibat dlm plan kami...

And last, Azza hope u like it, may Allah bless you and may happiness be with you always dear =D



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly