Followers

Saturday, June 11, 2011

Cukup ke 1 hari kita minum air?


Assalammualaikm,,
ari ni meh cik wani nk shre 1 info.
ceh.. hehe.. just see n read je lah k
then pandai2 lah korng mnilai n nk wat pe lpstu k. =)
Setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosong sekurang-kurangnya 1 liter. 

Contoh: Berat 50kg, perlukan 2 liter air
Praktikkan mengambil air yang cukup setiap hari, kalau boleh mulakan dari sekarang
dan anda akan rasa perbezaannya! Sukat berapa liter yang anda minum setiap hari. 
Muhasabah diri dan perbaiki pencapaian pada keesokkannya.

Sedikit tips bagaimana untuk minum air secukupnya:

1) Minum 2 teguk setiap 10 minit dari jam 7 pagi hingga 7 malam.
Anda akan minum 3 liter dalam tempoh tersebut!
2) Masukkan air dalam botol-botol kecil dan kira berapa yang anda telah minum.
Jika botol besar, semangat mudah luntur
3) Jika anda selalu minum seliter sahaja sehari atau kurang, cuba tambah sedikit
 
demi sedikit setiap hari (bukan sekali gus 3 liter).
 Tanamkan sikap "Hari ini lebih baik dari semalam"
 

Fakta: 
Tubuh akan hilang 1.7 liter air satu hari melalui proses pernafasan dan kumbuhan.
*Bayangkan jika anda cuma minum seliter sehari!
 

Kenapa air terlalu penting kepada tubuh manusia?

Otak kita mengandungi 90% air
Lihat di sekolah, anak siapa yang selalu menjinjing botol air? 
Dan anak siapa yang selalunya bijak?
Otot kita 75% air
Tulang kita 22% air
Darah kita 83% air
Air menstabilkan suhu badan
Air mengangkut nutrisi dan oksigen ke dalam sel
Air melembabkan udara dalam paru-paru
Air meningkatkan kadar metabolisma!
Air melindungi organ-organ
Air membantu organ-organ untuk serap nutrisi dengan baik
Air melindungi dan melembabkan rawan 
Apa yang berlaku sekiranya kita kekurangan air?

> Tubuh selalu kepenatan
> Sakit kepala yang kerap atau migrain
> Sembelit
> Ketegangan otot
> Tekanan darah yang tidak seimbang
> Masalah buah pinggang
> Kulit kering
> Risiko Kematian
 

P/S : ok,,petikn ni bkn cik wani dok pk sndri ye.. hehe
PETIKAN NI AMIK FROM HYBERLIFE PUNYE PRODUK..PEACE ^_~

3 comments:

Zu said...

Kena banyak minum air mineral ek? Bukan banyak minum air gas. :D

Anonymous said...

giler ah minum banyak tu
kencing2 tau

Cik Wani said...

zuzu: yup air mineral ye yang!!! :)

A&PC: haha.. mmg lah,, kncing ble mnm bnyk air msk tu kn akn mnucikn sgale kekotarn dlm bdn..

~ceh dah mcm pnceramh lak~ =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly