Followers

Tuesday, October 23, 2012

T.E.R.B.A.N.G






Hari ini serasanya
aku mahu terbang
Aku mahu jerit pada awan
"Hey, kau suka aku kan?"
Aku tahu selepas itu
hujan akan turun
sebagai membalas jawaban
buat pertanyaan aku itu.

Kalau pun aku menangis
Kau pekakkan telinga saja ya?
Bukan susah
kerana itu pun yang kau lakukan
selama ini.

Tapi hari ini bukan untuk menangis
Hari ini untuk aku melaung
Biar sedunia dengar
Betapa aku rasa suka
Walau di dalam aku pura-pura

Hari ini hari menangnya aku
Jangan kau datang
Menanyakan cinta
tiba-tiba.

'Cause you hurt me so much
I can hardly feel my heart aching
It is numb
and cold
frozen.

Eh maaf terlupa
hari ini hari gembira
Jadi


...senyum!



yuk yukkk dgr lagu lama ni... whhheeuuuuu




One thing that makes it all complete



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly