Followers

Sunday, October 28, 2012

Im not in LOVE with HIM's but Im in LOVE with HE




Lelaki potensi,
yang hadir dalam hidup saya,
ada tiga jenis :

***********************



Pertama :
lelaki pertama atau lelaki tunggal.
Mereka lelaki yang memikul tanggungjawab,
di bahu masing-masing.
Yang punya komitmen tak terbilang,
membiarkan saya terkapai-kapai tak menentu,
sehingga saya lelah menunggu kata putus.

Kedua :
lelaki tak sebaya,
yang tak jemu-jemu mengetuk tingkap kalbu,
mendesak sepenuh perhatian,
hingga saya jadi tak kuasa melayan.
Kerana yang saya perlukan,
cuma sebuah perhubungan yang matang.

Ketiga :
lelaki obses dunia,
yang menyangka,
perempuan seperti saya,
akan bahagia dengan limpahan material.
Saya bosan dijanjikan syurga,
sedangkan hati saya melihat,
laluan pintas ke neraka.


********************

Justeru saya bingung yang mana,
harus memilih, atau dipilih?

saya cuma perempuan biasa yang mahukan,
seorang lelaki biasa. seperti DIA.. 
ya saya tahu dia tahu siapa DIA yang saya maksudkan



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly