Followers

Tuesday, July 31, 2012

I Mencintai Tidak Bererti Memiliki I






Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta pada mu ...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya... "Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali......

..................................................................................


:: Sesayang mana kita pada seseorang jganlah sampai mudah terikut dengn apa kehendak mereka. Saya tak kata all what they said is wrong! but make the besr decision for ourself first.
ikutlah kata hati. Nilailah yang terbaik untuk kita. Buat dgn paksaan bukan SAYANG namanya.
Dan tidak mengikut kehendak mereka tidak juga bermaksud kita tidak SAYANG ::

entry ini tiada kaitan dengan mana-mana pihak. sekadar ikut kata hati untuk memenuhkan hobi waktu lapang di blog ini.

Assalammualaikm.

^_^ 


1 comments:

Anonymous said...

betul tu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly