Followers

Friday, May 18, 2012

zikir harian


Assalamualaikum wbt..
Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ini insyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman (Ihya Ulumuddin)
Teringat wajah arwah opah  yang sangat saya sayangi. Dulu mse kecik2 sebelum tido arwah akan mengira sesuatu dengan jari sambil mulut terkumat-kamit..lama sangat! Sampai saya jadi hairan "opah ni kira duit apa tah tgh2 malam!". Ibu cakap opah tgh berzikir la..dah jadi macam 'habit' dah, sesuatu yang wajib untuk dia buat sebelum tido.
Arwah opah sebelum saya sempat balik rawang..sakit 2,3 mnggu..kami selalu ulang alik, tp sungguh ini tak menyusahkan siapa-siapa..mukanya yg bersih dan tersenyum, pelukan arwah yang kejap buat saya rindu sgt. Alhamdulillah.. saya masih lg punyai seorang nenek dan nya'ie. Sebenarnya saya sangat sensitif kalau bercerita tentang arwah,rasa nak menangis kuat-kuat..she is the best opah in my heart! klo dlu tiap kali balik org pertama yang sambut kedatangan kami DIA lah. ok..Cukuplah saya cakap beliau adalah sebaik-baik manusia,tiada dosa dengan manusia ;-)


ISNIN

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM
1 kalimat umpama 1 bukit uhud. banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, takabbur, sayangkan dunia dan sbgnya.

SELASA

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM
Allah ampunkan dosanya satu tahun (kalau nak pendek selawat ke atas nabi )

RABU

ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM
1 kali sebut hilang 1 titik hitam dalam hati kita. 1 titik hitam adalah dari 1 dosa, jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang,kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.

KHAMIS

SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH
Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, dan 1 kali sebut tumbuh 1 pohon syurna untuk kita di syurga.

JUMAAT

YA ALLAH
Solat,Islam,rajin,suka,lazat,beramal ibadah,tidak malu tutup aurat bagi perempuan.

SABTU

LAA ILAHA ILLA ALLAH
Senang hati, aman dan tenteram.

AHAD

YA HAYYU YA QAYYUM
Allah hidupkan kita dan beri peliharaannya.
Bacalah sekurang-kurangnya 1000kali sehari ;-)
Ayat-ayat diatas semua mudah disebut kan..so tiada alasan untuk kita tidak berzikir..berzikir boleh dilakuakan dimana-mana sahaja..sambil masak pun boleh berzikir! Gandakan pahala kita setiap hari.. dari bercakap merapu-rapu jer baik kita amalkan zikir.
Selamat berzikir kawan-kawan!

3 comments:

Hadijah Umar said...

Sy nk copy leh kn. wat simpanan. sgt bmanfaat. :) btw, follow here already.

Cik Wani said...

yup... boleh.. copy lah. =)

K.A. said...

Ilmu nih..hee. suke pantai? Lawat la Pantai Cahaya Bulan..quite nice skg. n jom usha blog aku y baru at http://khamsi-abdullah.blogspot.com. Nice blog though!=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly