Followers

Friday, May 4, 2012

HUKUM KARMA


Assalamualaikm

Manusia tak boleh nak koyak buang dari sikap iri hati, tamak, selfish, dendam, benci, marah dan segala macam benda api dalam diri tu. Kau ngaku kau bukan seorang yang memiliki salah satu daripada tu, tapi kenapa kadang kau hamburkan juga amarah tu. Kau kata kau bukan pendendam, hakikatnya kau sendiri taw dalam hati kau tu macam mana. Sebaik-baik manusia yang tak ada langsung sikap api tu adalah Rasul kita sendiri. Kau??


*kau= umum..! 
 bukan spesifik pada orang. 
Jangan salah paham ye. Lempang kang..!!  
  ^_^



Aku?? Aku tak kata aku baik.. aku tak kata aku jahat. Sebab aku tak tau tahap mana level aku di mata orang. Mungkin jauh lebih jahat, mungkin jauh lebih baik..Wallahu’alam. Setiap manusia dah tertulis kiri dan kanan masing-masing. Tahap mana level tu, kau ushar sendiri masa kat padang mahsyar nanti. Seseorang yang betul-betul baik, takkan  mungkin dia ngaku dirinya baik. Sama la dengan orang gila, ada tak dia ngaku dia tu gila?

Takkan bila time kau tengah redha, kau dah ngaku kau baik? Bila tiba masa kau tengah diuji, baru la kau keluarkan amarah kau, tapi still kau ngaku diri kau baik. Haish. Kau sedang menegakkan benang yang basah la. Kau tak rasa ke seseorang yang life dia hancusss kerana kau kini dah balik kat kau? Tuhan nak tunjuk langit tu tinggi ke rendah, sekejap aje. Itu lah namanya karma kehidupan. Sesuatu yang kita buat, akan patah balik kat kita. Kau henyak2 dia sampai lumat, gerenti ada orang lain akan henyak2 kau balik. Persoalannya..adakah 2 kali ganda lebih teruk?? Kau suka menilai orang, tapi kau tak sedar 10 orang lagi sedang menilai kau. Benda ni semua akan berbalik. Cuma kita tak tahu bila?? dimana?? sebab?? cara?? bagaimana??...

Kalau suatu ketika dulu kau bertepuk tangan tengok kejatuhan seseorang, tak mustahil hukum karma pulak akan buat orang lain bertepuk tangan tengok kejatuhan kau. Walaupun kau dah mintak maaf.. kau dah insaf… semua yang kau dah buat takkan lepaskan kau cam tu je. Sikit2 kena jugak bagi, kasi lebih bebal untuk kau fikirkan apa yang kau dah buat masa hayat lalu. Walaupun kadang kau cuba lupakan, tepuk dada tanya selera…betul ke kau dah lupakan?? Selagi kau masih libatkan kesilapan orang masa lalu, selagi itu hukum karma takkan lepaskan kau untuk hukum kau setiap inci kesilapan hati yang kau dah buat….jadi, perlukah kita keep expose pasal hayat orang lepas demi hayat kita yang kini?? Sedangkan kau keep telling everyone yang hayat orang yang buruk tu berjaya buat kau bahagia dihayat baru kau kini?? Ketuk pintu hati kau, tanya..adakah kau sedang bahagia selepas kau gembira tengok tangisan orang lain??




erk,,pe kne mngena ngn gmbr monster ni !!!!!!!
ish3,, ckup !!!!




* wow..pandainya aku tulis karangan camni. Kan ke bagus kalau Muet exm dulu aku boleh tulis ayat panjang2 camni…heh

* muhasabah lah diri anda..adakah anda tergolong dalam golongan itu??
* maaf guna bhasa agak kasar 'AKU' di malam hri ni.. nk ikot mood kot 
*PEACE*


^_^


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly