Followers

Wednesday, May 30, 2012

'Natural Beauty Contest II - Abg Stalker'


Assalammualaikm, 
aha rasanya lama xjoin any contest.
maklumlah lately sbuk manjang ngn persiapan nk EXAM!

erkkk STUDY ke??? ok hal itu bawa ke tepi ye.
and now I wanna join that contest.
NATURAL BEAUTY.
rasa dlu sy pnh join but xde rzeki. And xslh nk join lg kn kn kn...!! 
~haa akibat tension menelaah bku, last2 melencong ke blog~






ok pic yang sy nk pertaruh kn 

Y
Y
Y
Y
Y
Y
Y




 :: Mimi ::





Monday, May 28, 2012

KOSONG



aku tak pasti apa yang perlu aku coretkan buat masa ini .

sebenarnya begitu banyak benda yang hendak aku ceritakan, entah mengapa tiba-tiba fikiranku menjadi kosong.

aku cuba mengingati,
aku cuba menyusun ayat ; bermain langkah mengikut rentak jari-jemari
namun

semuanya tidak menjadi.

aku tunduk.

wow.
aku akan cuba
aku akan cuba


mungkin kerana aku amat sibuk mengulangkaji pelajaran gamaknya :)

aku ketawa . HAHAHA

........................................................................................................................................................

ok.. hakikatnya hari ni sy jd BLURR sekejap.
ok TIPU! lama sgt keBLURRan sy ni.
nk stdy ngadap bku tp pkiran merewang ke mana.

ohhhh wannniiii !! plz plz plz...
exm dh nk dkt sgt2 ni.





STUDY STUDY STUDY!


Monday, May 21, 2012

Bulan Rejab



Assalammualaikm

REJAB bulan menabur benih. SYAABAN bulan menyiram tanaman. RAMADAN bulan menuai. REJAB menyucikan badannya. SYAABAN menyucikan hatinya. RAMADAN menyucikan rohnya ♥




Esok 22/5/2012 bersamaan 1 rejab, siapa yang mampu jom kita puasa sunat 

^_^


Sakit Itu Penghapus DOSA



Assalammualaikm,

kadang-kadang kita rasa kite cukup sihat. Boleh jalani hari-hari dengan penuh semangat.
Tapi terkadang kita lupa ujian itu sentiasa ada berlegar-legar dalam hidup kita.

'' wani kenapa ni? wani kan kuat. Jangan mcm ni ea. Kuatkan semangat tu. kteorang kan ad ngn wani skrg '' 


saya bersyukur disaat saya memerlukan ibu ayh ada kawan yg sgt prihatin.
terima kasih kawan atas keprihatinan mu.






Ya ALLAH, please take my pain away and please, give me wisdom to see through all of Your probation also please, give me strength to hold YOU and YOU only in my shattered heart until the day is come for me to be with YOU.


::saya RINDU ibu::
Fever is coming. Feeling the heat.
*Koolfever s coming here syg..


^_^


Friday, May 18, 2012

zikir harian


Assalamualaikum wbt..
Sesiapa yang beristiqamah mengamalkan wirid harian ini insyaAllah diberkati hidupnya dan dikekalkan hidayah dan taufiq serta mati dalam iman (Ihya Ulumuddin)
Teringat wajah arwah opah  yang sangat saya sayangi. Dulu mse kecik2 sebelum tido arwah akan mengira sesuatu dengan jari sambil mulut terkumat-kamit..lama sangat! Sampai saya jadi hairan "opah ni kira duit apa tah tgh2 malam!". Ibu cakap opah tgh berzikir la..dah jadi macam 'habit' dah, sesuatu yang wajib untuk dia buat sebelum tido.
Arwah opah sebelum saya sempat balik rawang..sakit 2,3 mnggu..kami selalu ulang alik, tp sungguh ini tak menyusahkan siapa-siapa..mukanya yg bersih dan tersenyum, pelukan arwah yang kejap buat saya rindu sgt. Alhamdulillah.. saya masih lg punyai seorang nenek dan nya'ie. Sebenarnya saya sangat sensitif kalau bercerita tentang arwah,rasa nak menangis kuat-kuat..she is the best opah in my heart! klo dlu tiap kali balik org pertama yang sambut kedatangan kami DIA lah. ok..Cukuplah saya cakap beliau adalah sebaik-baik manusia,tiada dosa dengan manusia ;-)


ISNIN

LAA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLA HIL ALIYYIL AZIM
1 kalimat umpama 1 bukit uhud. banyak kali sebut hilanglah sifat menunjuk-nunjuk, keji, takabbur, sayangkan dunia dan sbgnya.

SELASA

ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMADIN ABDIKA WARUSULIKA NABIYYI WA UMMIYYI WA’ALA ALIHI WASOHBIHI WABARIK WASALLIM
Allah ampunkan dosanya satu tahun (kalau nak pendek selawat ke atas nabi )

RABU

ASTAGHFIRULLAH AL’AZZIM AL-LAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM
1 kali sebut hilang 1 titik hitam dalam hati kita. 1 titik hitam adalah dari 1 dosa, jika tidak meminta maaf (menghilangkannya) walaupun sembahyang,kita akan masuk neraka selama mana titik hitam tersebut berada dalam hati kita.

KHAMIS

SUBHANALLAHIL AZIMI WABIHAMDIH
Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, dan 1 kali sebut tumbuh 1 pohon syurna untuk kita di syurga.

JUMAAT

YA ALLAH
Solat,Islam,rajin,suka,lazat,beramal ibadah,tidak malu tutup aurat bagi perempuan.

SABTU

LAA ILAHA ILLA ALLAH
Senang hati, aman dan tenteram.

AHAD

YA HAYYU YA QAYYUM
Allah hidupkan kita dan beri peliharaannya.
Bacalah sekurang-kurangnya 1000kali sehari ;-)
Ayat-ayat diatas semua mudah disebut kan..so tiada alasan untuk kita tidak berzikir..berzikir boleh dilakuakan dimana-mana sahaja..sambil masak pun boleh berzikir! Gandakan pahala kita setiap hari.. dari bercakap merapu-rapu jer baik kita amalkan zikir.
Selamat berzikir kawan-kawan!

wow!! DIA dah bertukar imej !!

wow!!!!



















ermm........... 





































aha......!










































Haaa pe yg hangpa dok scroll smpai bwh ni haa...
hamboi2!!!
pantang na!

ni haa nk habaq, erkkk.. pasai pa tbe2 loghat kedah plak ni ??
ok pngaruh kwn... mklumlah kwn sekeliling org utara..
ok .... blog sy dh tukar imej actlly.
klo dlu mgkin agak kebudak2kan.










haa... skrg nk tukar ke alam matang skit..
mgkin sy xkreatif, but im comfrtable with my new blog..
nmpk terang skit, x crowded berbunge2 bagai mcm dlu..
simple for me! 










look!!!
haa........ simple jerk.. xmcm korang yg mmg dh superb gler ^_*



ok.... jemput2lah datang menyinggah my new erk.. xde new sgt ler..
mai mai ea.. 


^_^




Wednesday, May 16, 2012

Selamat Hari Guru



Dian itu sentiasa membakar diri
Demi menerangi gelap malam
Bintang itu tinggi dilangit
Namun kerdipnya terlihat dibumi
Hujan mencurah gugur ke bumi
Merupakan punca pintu rezeki
Memberi nikmat pada tiap insan
Untuk mengisi perut kekosongan

Begitu jualah pada guruku
Panas dan hujan bukan penghalang
Mencurah ilmu didada
Demi melihat kejayaan anak bangsa

Jasamu guru tidak terbalas
Biar emas setinggi gunung
Biar intan seluas lautan
Namun itu bukanlah pembalasan

Kasihku kepadamu guruku
Tiada penghujungnya
Biarpun dunia kan ke akhirnya
Namun kasihmu tetap ku kenang
Biarpun jasad terkaku bujur

Haruman kasihmu tetap ke seluruh alam
Hari ini mampu aku melihat
Di bibirmu menguntum senyum
Tanda kejayaan anak didikmu
Begitu juga aku
Yang hari ini menanti kasihmu
Mampukah aku ulangi saat itu?

.........................................................................................


Assalammualaikm

rasanya baru semalam je saya mengharungi alam form 6.
bersama2 rakan2 seperjuangan yang kini alhmdulillh telah brjaya cont stdy di menara gading
seperti mana yang ibu ayah, guru2 dan kami sndri harapkn

td tgok album kt fb cikgu2, pic tema thun ni tok sambutn hari cikgu sgt best!
wahhh tetibe jadi jeles!
knp dlu xtrfikir nk kenakn ckgu cmtu!







alahai cikgu..
sangat comel kalian...


dikesempatan ini, saya nk wish SELAMAT HARI GURU kepada sume ckgu2
xkira lah yg mngajar ke yang telah mngajar saya

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Saya Sayang CIKGU Saya

^_^

Sunday, May 13, 2012

to HER that I LOVE


Assalammualaikum,
13 MEI bersamaan dengan HARI IBU !
yaa.. ramai juga yang ckp sambut Hari Ibu ni adalah satu dosa sbb umpama menyambut hari penghormatan Mother Marry.. 

tp bagi saya ia ikut niat masing2. 
ad yang ckp klo kte syg ibu kte, nk smbut hari ibu hari2 pn boleh.
yes mmg btol! tp cuba kte tgok Teachers day. 
knp msti kte just smbut 16 May only! 
xkn kte xsyg ckgu2 kte right!
kte syg ckgu kte n xkn pula kita nk smbut hari!
mcm juga Hari Ibu.
actly ni sume ikut niat masing2.

sy sayang Ibu saya. 
x dinafikan sume org sayang ibu, mak, mama, ummi or whatever masing2 kn!
so xslah klo kte just wish SELAMAT HARI IBU atas niat kte sayang ibu,
mnghargai all her sacrifice.
and that doesn't mean kte x hargai hari2 ye. 
WAJIB kte hargai pngorbanan ibu stiap masa.

so di kesempatan ini, wanna wish Happy Mother's Day to my Ibu

NORIZA BINTI OTHMAN


you really mean to me ibu.
There's no one in this world that can take your place. That SURE! 
 ♥ ♥ ♥ 




see!!! ank2 ibu dah besar!
we promised we will make u proud!



and ibu & ayh still stay like loving couple!
 ^_*

ok! this song for my ibu n all mothers out there




jom tgok gelagat2 ibu, mak,mama, ummi2 kte2 sume!




may Allah bless all mothers in the world

last word from me..

WANI SAYANG IBU !!




^_^

Friday, May 11, 2012

KITA berbeza!



aku tersenyum
padahal hatinya terguris
aku ketawa
padahal hatinya menangis

kemudian dia pergi
katanya aku tak serius

padahal..

aku senyum
untuk sembuhkan lukanya
aku ketawa
untuk kesat air matanya

dan dia...

tak pernah sedar tentang itu





baru saya tahu, ternyata dunia kita berbeza.
awak xkenal sy sepnuhnya, dan bgitu juga saya!
Ia !! saya akui itu...
TAPI saya brsyukur kerana kalau semua org sma,
 dunia ni jadi x seronok!
x colourfull..


^_^


Thursday, May 10, 2012

my HALLUCINATION



Jika ini amarah, lalu aku harus salahkan apa?
Jika ini ketakutan, lalu persepsi mana yang aku perlu salahkan?
Jika ini semuanya persoalan, lalu haruskah aku bukukan?
Lalu biarkan ia dicetak berjuta naskhah, 
Biarkan ia pindah dari satu tangan ke tangan yang lain,
Cuba lihat, siapa yang mampu beri jawapan?

Jika ini satu pencarian, apa yang aku cari?
Jika kembara ini aku keseorangan, 
Lalu, andai kata aku hulurkan tangan,
Akan ada kah yang menemani?
Jika mahsyur yang menjanjikan persoalan aku terjual,
Maka aku rela kekal jadi bukan siapa-siapa.

Ini, khazanah ini,
Aku tak rela jaja.
Aku cuma berharap.




Ia! ini cuma khayalan ku semata2!


^_^


Friday, May 4, 2012

HUKUM KARMA


Assalamualaikm

Manusia tak boleh nak koyak buang dari sikap iri hati, tamak, selfish, dendam, benci, marah dan segala macam benda api dalam diri tu. Kau ngaku kau bukan seorang yang memiliki salah satu daripada tu, tapi kenapa kadang kau hamburkan juga amarah tu. Kau kata kau bukan pendendam, hakikatnya kau sendiri taw dalam hati kau tu macam mana. Sebaik-baik manusia yang tak ada langsung sikap api tu adalah Rasul kita sendiri. Kau??


*kau= umum..! 
 bukan spesifik pada orang. 
Jangan salah paham ye. Lempang kang..!!  
  ^_^



Aku?? Aku tak kata aku baik.. aku tak kata aku jahat. Sebab aku tak tau tahap mana level aku di mata orang. Mungkin jauh lebih jahat, mungkin jauh lebih baik..Wallahu’alam. Setiap manusia dah tertulis kiri dan kanan masing-masing. Tahap mana level tu, kau ushar sendiri masa kat padang mahsyar nanti. Seseorang yang betul-betul baik, takkan  mungkin dia ngaku dirinya baik. Sama la dengan orang gila, ada tak dia ngaku dia tu gila?

Takkan bila time kau tengah redha, kau dah ngaku kau baik? Bila tiba masa kau tengah diuji, baru la kau keluarkan amarah kau, tapi still kau ngaku diri kau baik. Haish. Kau sedang menegakkan benang yang basah la. Kau tak rasa ke seseorang yang life dia hancusss kerana kau kini dah balik kat kau? Tuhan nak tunjuk langit tu tinggi ke rendah, sekejap aje. Itu lah namanya karma kehidupan. Sesuatu yang kita buat, akan patah balik kat kita. Kau henyak2 dia sampai lumat, gerenti ada orang lain akan henyak2 kau balik. Persoalannya..adakah 2 kali ganda lebih teruk?? Kau suka menilai orang, tapi kau tak sedar 10 orang lagi sedang menilai kau. Benda ni semua akan berbalik. Cuma kita tak tahu bila?? dimana?? sebab?? cara?? bagaimana??...

Kalau suatu ketika dulu kau bertepuk tangan tengok kejatuhan seseorang, tak mustahil hukum karma pulak akan buat orang lain bertepuk tangan tengok kejatuhan kau. Walaupun kau dah mintak maaf.. kau dah insaf… semua yang kau dah buat takkan lepaskan kau cam tu je. Sikit2 kena jugak bagi, kasi lebih bebal untuk kau fikirkan apa yang kau dah buat masa hayat lalu. Walaupun kadang kau cuba lupakan, tepuk dada tanya selera…betul ke kau dah lupakan?? Selagi kau masih libatkan kesilapan orang masa lalu, selagi itu hukum karma takkan lepaskan kau untuk hukum kau setiap inci kesilapan hati yang kau dah buat….jadi, perlukah kita keep expose pasal hayat orang lepas demi hayat kita yang kini?? Sedangkan kau keep telling everyone yang hayat orang yang buruk tu berjaya buat kau bahagia dihayat baru kau kini?? Ketuk pintu hati kau, tanya..adakah kau sedang bahagia selepas kau gembira tengok tangisan orang lain??




erk,,pe kne mngena ngn gmbr monster ni !!!!!!!
ish3,, ckup !!!!




* wow..pandainya aku tulis karangan camni. Kan ke bagus kalau Muet exm dulu aku boleh tulis ayat panjang2 camni…heh

* muhasabah lah diri anda..adakah anda tergolong dalam golongan itu??
* maaf guna bhasa agak kasar 'AKU' di malam hri ni.. nk ikot mood kot 
*PEACE*


^_^


Tuesday, May 1, 2012

JARAK ini menjaga KITA


Saya semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..
tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA saya dan dia..


✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..

✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..

✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..

✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..







p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥♥



doakan saya utk jdi lebih baik pda msa hadapn. insyaAllh akn brubah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly