Followers

Tuesday, December 27, 2011

I Sekadar persinggahan mungkin I



Dulu selalu saja kau datang,
mengisi minyak buat teruskan perjalanan.

Tapi sejak stesen yang itu muncul,
aku tidak lagi kau singgahi.

Di sana, kau boleh dapat Choki Choki.
Di sini, cuma sekadar petrol mampu ku beri.

"Tak apalah," ku pujuk sendiri,
"kerana sekiranya petrolnya tidak berkualiti,
kerana sekiranya Choki Chokinya basi,
aku mampu menonjol suatu hari nanti.
Dan kau ku harap, pulang kembali."

Lama jua ku menanti,
tapi hari semalam, kau datang jua.
Biarpun hanya seketika,
kau datang, minta ku pertolongan.

Aku tahu aku bukan yang tetap,
tapi aku gembira, walaupun hanya jadi yang sementara.

Kau boleh datang lagi bila-bila kau suka.


^_^



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly