Followers

Monday, July 25, 2011

I dunia ini berwarna warni dan bukannya suram. I



assalamualaikum.




" saya rasa wanita paling matang bila putus cinta. mereka tahu diri dan sedar tentang realiti."


by Valentina Nervosa.


aku rasa apa yang quote ni sampaikan sangat betul. tapi quote ni hanya mention perempuan dan bukannya lelaki yang mana aku rasa qoute itu perlu ditukar sebegini rupa.


" saya rasa manusia paling matang bila putus cinta. mereka tahu diri dan sedar tentang realiti."


bila bercinta semuanya indah. kalau pakwe atau makwe kentut pun, tetap akan kata,


"oh! wanginya kentut awak. macam bau Dashing! lovely!"


tapi bila dah clash, bukak facebook dan mula menyumpah seranah dengan ganas seolah-olah facebook itulah kaunselor terbaik.


" bodoh punya jantan @ betina. nak aja aku ronggeng kau kasi hancur! loooser. dah la kentut bau anjing!"


tanpa menyedari bahawa orang yang menulis sebegitu di facebook mereka sendiri sebenarnya lagi looser. tak ke sengal meluahkan perasaan di tempat yang tidak bernyawa? yang hanya terdiri daripada skrin flat petak empat dan tulisan berwarna hitam.


looser and pathetic !


tapi lama kelamaan, barulah diorang tahu akan dunia. yang dunia ini bukan hanya tempat kegembiraan. dunia ni berwarna-warni. colourful! yang kalau ditafsirkan oleh Newton seperti cahaya yang mempunyai pelbagai spektrum.


ah! aku sudah melalut. spektrum? haha. ke skrotum? lucah sungguh. lupakan tentang itu. dari putus cinta, diorang akan belajar tentang dunia yang penuh pancaroba. bukan semuanya indah. tapi bukan semuanya pahit. ianya bergantung kepada seseorang itu.


bergantung macam mana diorang corakkan hidup mereka. kalau corakkan carcamarba sudah tentu hasilnya seperti kain buruk yang kalau dicampak ke Sungai Klang sekali pun, buaya akan memandang dengan pandangan meluat malah lebih berminat dengan babi terapung.


kalau corakkan dengan nilai kasih sayang, semestinya akan cun melecun dan top letup letup macam karya Leonardo Da Vinci iaitu Mona Lisa yang kontroversi itu.


takde istilah tentang dunia suram. ha-ha-ha. menolak kenyataan bahawa entry ni pun dah masuk part suram takde cahaya dan dilanda kebosanan macam baru dilanda Lang Sawah. sebanyak mana kita mengeluh, dunia ini tetap perlu dicorak dan hanya corak yang cantik sahaja diterima oleh umum.


korang boleh bayangkan tak, kalau korang tak putus cinta? mesti korang akan cakap, dunia ini indah belaka! dan cun! dan lawa! itu bukan kenyataan tapi penipuan. takde indah, takde cun, takde lawa. yang hanya warna warni.


" i'll pray for you."


by jaron and the long road to love.


maaf! aku memang tak pandai buat entry kaunseling macam ni. :P kalau rasa bosan, nasib korang la! haha.


Assalammualaikm

^_^


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly