Followers

Sunday, May 15, 2011

I Berubah Emosi I


Assalammualaikm...





“APA kena perempuan tu, aku tanya dengan baik pun dia nak marah. Datang bulan agaknya...” keluh seorang lelaki kepada rakannya kerana tidak berpuas hati dengan layanan petugas wanita di kaunter.

Perubahan emosi wanita, terutama mood tidak baik, sering dikaitkan dengan kedatangan haid. Sindrom prahaid (PMS) ialah gangguan yang biasa dialami jutaan wanita di seluruh dunia.

Gangguan itu ada kaitan dengan perubahan hormon setiap bulan ketika kitaran haid. Gejala yang biasanya berlaku dua minggu sebelum kedatangan haid itu membabitkan perubahan emosi serta fizikal, dan lazimnya berlaku pada wanita berusia antara 25 hingga 35 tahun.
Gejala berlainan bagi individu itu dialami tujuh hingga 10 hari sebelum haid dan hilang beberapa hari selepas keluar haid.

Gangguan prahaid disforik (PMDD) ialah perubahan emosi dan fizikal yang memberi kesan kepada kehidupan seharian, mempengaruhi kerja dan produktiviti.

Lima atau lebih sindrom prahaid dialami cukup untuk mengganggu kehidupan seharian dengan sekurang-kurangnya satu membabitkan simptom emosi.

Gejala fizikal
  • Kembung perut — sebelum dan ketika haid, anda mengalami ketidakselesaan akibat kembung perut. Perubahan fizikal yang ketara ialah perut sedikit buncit sebelum kedatangan haid
  • Kekejangan perut — hari pertama atau satu hari menjelang kedatangan haid bulan, ramai wanita mengalami kekejangan perut
  • Sakit kepala — rasa pening
  • Lesu — tidak bermaya dan malas melakukan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum ini
  • Sakit sendi dan otot — lenguh badan, terutama di bahagian sendi dan otot
  • Gangguan tidur — tidak nyenyak tidur
  • Nyeri pada buah dada — rasa seperti ditusuk jarum atau buah dada tegang
  • Selera makan bertambah — keinginan mengambil makanan dalam jumlah banyak
  • Mengidam sesuatu — tiba-tiba teringin makan sesuatu, misalnya coklat atau makanan yang tidak pernah dipedulikan sebelum ini
  • Bengkak pada tangan dan kaki
Gejala emosi
  • Mudah marah — melenting dan marah-marah biarpun perkara remeh
  • Perubahan mood — sukar mengawal emosi, sensitif, mudah tersentuh walaupun menonton cerita sedih di televisyen
  • Dilanda risau atau tertekan — rasa risau tanpa sebab
  • Dihantui rasa bersalah atau merasakan diri tidak berguna
  • Perasaan di luar kawalan — jika anda seorang yang sabar, gangguan PMS atau PMDD boleh menyebabkan perubahan sikap
  • Minat utk melakukan aktiviti brkurangn dan kurang daya tumpuan.




Lebih 90 peratus wanita pada usia reproduktif akan menderita simptom PMS. Dianggarkan tiga hingga lapan peratus mengalami simptom kelesuan.



Kira-kira 90 peratus wanita menderita sekurang-kurangnya satu daripada 150 simptom PMS. Dianggarkan hanya lima peratus wanita bebas daripada simptom PMS dan PMDD.


Pakar dan Pensyarah Kanan Jabatan Obstetrik & Ginekologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Lim Pei Shan berkata simptom PMS serupa dengan simptom PMDD tetapi lebih teruk sehingga mengganggu kerja, aktiviti sosial dan pergaulan.


“PMS ialah satu kumpulan simptom yang berkait dengan kitaran haid. PMS membabitkan wanita daripada segenap usia yang didatangi haid tetapi kesannya berbeza bagi setiap wanita.



“Bagi sesetengah wanita, PMS hanya satu gangguan bulanan. Bagi yang lain, ia mungkin sungguh teruk sehingga sukar menjalani kehidupan seharian.



“Ramai wanita tidak menyedari mereka tidak perlu menanggung kesan PMS atau PMDD yang melemahkan badan. Kenapa wanita dan orang di sekeliling mereka menderita setiap bulan sedangkan ada rawatan berkesan untuk meringankan simpton PMS?” katanya.



Terapi menangani sindrom PMS pngmbilan ubatan :
  • antidepresan (untuk melegakan tekanan) — Selective serotonin reuptake inhibitors (SSRI)
    Membantu mengurangkan kesan perubahan hormon pada kimia otak dikenali sebagai serotonin. Ia mungkin digunakan setiap hari atau 14 hari sebelum kedatangan haid. Kesan sampingan yang biasa dialami akibat pengambilan SSRI seperti kemurungan, insomnia, loya, menurunkan nafsu seks dan berat badan bertambah
  • diuretik (ubat bagi melancarkan pengaliran air kencing)
  • ubat anti bimbang/cemas seperti benzodiazapine
  • Kontrasepsi oral
  • Ubah gaya hidup
  • Senaman aerobik atau olahraga
  • Hadkan makanan tinggi gula, tinggi garam atau daging merah seperti lembu dan kambing, alkohol, kopi, teh, coklat dan minuman berkarbonat
  • Hadkan pengambilan lemak daripada haiwan atau lemak daripada makanan yang digoreng
  • Banyakkan makan sayuran hijau
  • Hadkan pengambilan protein





Creadit by :  myMetro


(^_^)



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly