Followers

Saturday, April 9, 2011

:: Awas pada penggemar Telur !! ::




Assalamualaikum…


sejak2 ni korang pn tw kn,, de je kuar news kt paper psl 'Telur Tiruan''

Mse bce paper pagi semlam, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.

Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae – bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.



sungguh be4 this aq xtw lak yg telur ni leh ciplak2...
x sngka ngat vcd je leh cetak rompak,,
telur pn bleh erk....  ! 
ok arini nk share if korang cara mengenal telur tiruan...


bnde ni pn aq dpt dr fb,, my cousn tag kt aq.. 
beware everybody..!! 

telur ni ade gelatin yg haram !! 
now dah byk kat pasaran...

Cara mengenal telur tiruan:

1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.






Bagaimana Telur Tiruan Ini Dihasilkan?



Jika diperhatikan,bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan telur tiruan ini sangat simple dan mudah.Antara bahan yang diperlukan adalah:-
Bahan-bahannya; calcium carbonate, starch, resin, gelatin, alum dan lain-lain lagi bahan kimia yang diperlukan.
Sekarang kita lihat langkah demi langkah cara untuk menghasilkan telur tiruan ini:-

1)Bahan telur kuning diisi kedalam 2/3 bahan acuan bersama-sama calsium chlorida, dan pewarna.



2)Cecair “telur kuning” dimasukkan pada cetakan bulat


3)Lapisan luar telur kuning terbentuk


4)Lapisan luar disaluti dengan lilin dan calcium carbonate. Proses ini diulang beberapa kali sehingga lapisan luar terbentuk dan menebal.



5)Telur dibiarkan kering dan kulit telur akan terbentuk..




Telur ayam tiruan jika digoreng akan menghasilkan gelembung-gelembung udara yang lebih banyak daripada telur ayam tulen.




NotaKaki CikWani :  Hati2 lah korang n cik wani ni sndri ye klo pilih nk beli tlor tu..
xpun klo nk beli sng2 korang beli sume telur tu yg de tahi aym erk.. 
bru trbukti tu telur asli.. ngeh3...
n step wt telur tiruan ni korang jgn nk ngengade lak try2 kt umah ea...!

(^ ___ ^)


2 comments:

Zu said...

Glurp! =.=

::sambil jatuhkan telur::

::telur terhempas kat lantai::

Cik Wani said...

erk...

:: smbil2 baling kt zuzu::

baling tepung skali.. wah best nye !!! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly