Followers

Saturday, August 25, 2012

aku I saya I gua





aku bukanlah gadis seperti dia,
yang bijak menyusun kata,
bijak bermain kata indah,
bijak memujuk dan merayu,
penuh dengan kesopanan dan keayuan,
seringkali membuat kau tenang..
aku bukan seperti itu..

aku cuma gadis yang menurut kata hati,
aku lebih gemar mengikut kata hati ku,
aku lebih selesa percaya gerak hati aku..
menjadi diri sendiri yang sememangnya tidak disukai oleh kamu

pada kau,
aku degil,
aku keras kepala,
aku ego,
aku keras hati..

pada aku,
menjadi diri aku lebih gembira
berbanding aku menjadi orang lain,
untuk aku jadi gadis sempurna
seperti kau mahu
mungkin menuntut masa,
atau mungkin ia khayalan kau.

tapi aku yakin,
kau pasti terima aku seadanya kelak,
kau pasti tidak mahu aku menjadi orang lain,
kau pasti menyayangi diri aku yang sebenar.

tapi sekiranya ia hilang,
kau pasti merinduinya,
dan mungkin tika itu ia sudah terlambat..





:: You don’t have to be perfect to let someone love you. Being yourself is the best way to have someone fall in love with you ::



2 comments:

Zu said...

Satu sudut yang lain, orang susah nak terima kita. :')

Cik Wani said...

yup... susah nk sng kn hati org. klo nk sng kn hati org tp hati ni gelisah bagai pn xgne jgak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly