Followers

Friday, September 12, 2014

quote


                                   
                                  Friendship 

is everything even when you meet your 

soul mate


-Bride wars-

Thursday, September 4, 2014






MOOD : WELCOME BACK HERE CIK WANI! 

WISH THAT MOOD LIKE THIS WILL STAY EVER AND FOR-EVER!

Saturday, May 10, 2014

R.I.P. JUPE



Selama seminggu kau menderita sakit
Kami yang tiada pengalaman buntu
Mahu di tolong tapi bagaimana

Selepas seminggu tanpa di sangka
Semalam kau berlari aktif
Kesini Kemari
YA aku puas tengok gelagat itu
Walau aku mengaku aku penat mengejar

Dan tadi..
Tanpa diminta
Kau menghembuskan nafas terakhir
Di hadapan kami.

Mungkin kelakuan aktif kau merupakan satu petanda
Bahawa kau hendak pergi.

Kami redha.
Tenanglah wahai sayang di SANA.
Aku tahu kau banyak menderita.
Pergilah...

________________________________________________________________________________









SALAM SAYANG DARI KAMI UNTUK JUPE.





Wednesday, May 7, 2014

KUATLAH WAHAI KAKAK KU


Assalammualaikum

Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati…
Benar..
kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..
Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even ‘superheroes’ pun ada ujiannya. Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.
Allah uji ikut kemampuan kita. Allah tahu kita siapa.
And at the time HE takes everything from you, masa itulah Allah mahu kita kembali pada Dia.
Itulah tanda cinta Dia. Dia tahu kita sudah jauh dari Dia. Jauh.

Maka, sebab itulah Allah hadiahkan kita ujian. Supaya kita kembali dekat. Bertambah dekat. Dan selalu dekat dengan Dia. Janganlah dikesali dengan apa yang dah berlalu dan berlaku. Itulah yg menjadikan kita sekarang. Sama ada lebih baik atau lebih buruk, itu kita yg  tentukan. Perjalanan kita sebagai hamba belum berakhir.. Mungkin ini sekadar permulaan. Ambil iktibar dari apa yg berlaku.. Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yg kita buat, kita ambil iktibar darinya, itulah yg menjadikan kita lebih sempurna. Beruntunglah dan bersyukurlah.

Alhamdulillah, you’re the chosen one!


Untuk tuan blog.

________________


Dan entry ini untuk Kak Wani yg di kasihi.
Biarpun baru sekali dua kami jumpa, tapi saya dapat rasa apa yang dia rasa sekarang.

Kak Wani..

Tabahkan hati mu sayang.
Dalam kita melangkah terkadang kita di uji
Dengan ujian yang terasa berat hingga terkadang
Kita terduduk dan menangis..

Sungguh peritnya terasa...

Jangan pernah mengeluh
Jangan pernah mengalah

Tetapi ketahuilah
Mungkin air mata yg hadir itu adalah kerana DIA mahu kita menjahit sejadah iman kita yg semakin terkoyak…

Ikhlaskan Hati, Tabahkan Hati, Redhakan segalanya.

Semoga dipermudahkan urusan semuanya.

Ya Allah.. Kau Kuatkanlah hati,semangat, jiwa Kak Wani dan keluarganya, Kau berilah juga kekuatan kepada Mak Kak Wani agar dia kuat untuk bertarung dengan penyakit yang di hadapi. Kau permudahkan pihak-pihak berkenaan untuk menyembuhkan Mak Kak Wani. Kau perkenankanlah doa hamba-hamba Mu.

Pada Mu YA ALLAH kami memohon, dan padaMU kami berserah.

BE STRONG SIS!


Monday, May 5, 2014

SINDIR



Kata sana sini situ
Paling teruk kau khabarkan personaliti nya
Walaupun berkias ia bagaikan seperti JELAS
Sekaligus kau sudah AIB kan dia
Besar sangat kat dosa dia pada kau
Tahukah kau yang dia tak sengaja

Pernahkah kau fikir kau tak pernah buat perkara yang sama
Macam mana kau hadapi sekarang
Bukan nak membalas
Tapi sekadar mengingatkan

*SIGH

Perempuan gitu lah
Bukan kau saja
Aku pun kadang begitu juga untuk lepaskan lelah amarah

Tak mengapalah
Aku maafkan.

Sebab KAU dan AKU bukan manusia yang sempurna


Friday, April 18, 2014

OLDBFF KATANYA!



Assalammualaikum


Tanggal April 14
Kau datang sebagai 'OLD BFF' ku
Tanpa di duga, tanpa dipinta dan tanpa ku menyimpan sedikit harapan

Tiba-tiba buat aku berfikir sejanak

Kali ini apa agenda sebenar
Bukan aku ingin memburukkan mu TAPI
Di setiap kali kau datang dan hilang dan di setiap kali itulah aku terkena
Bukan aku mengungkit TAPI
Kali ini sengaja aku mahu memperingatkan diriku bahawa jangan terlalu mudah percayakan orang
Walaupun kau adalah orang yang pernah menjadi orang kepercayaanku dulu.

Apapun SELAMAT DATANG kawan dalam kamus hidup ku 2014 ini
WALAUPUN hubungan kita tidak akan se'akrab' dulu.
Kau tetap kawan aku.

Maaf.





DULU AKU MUNGKIN ORANG YANG HATINYA LEMBUT
TAPI BUKAN SEKARANG
PENGALAMAN MENGAJAR AKU SEGALANYA


Wednesday, April 9, 2014

I BERHUTANG tapi TAK RETI nak BAYOR I



Assalammualaikum,,


First of all saja nak bagitahu entry kali ni untuk kawan saya sorang tu haa... Yang konon2 dalam DILEMA.

Memalam camni niat tak nak membebel. Tapi disebabkan baru dapat call dari member sorang ni haa. Boleh lah di kira kawan baik.. Hmm camni..

Call2 memalan dengan mood moody semacam, tanya sepatah jawab sepatah. At last problem nya, dia geram member dia pinjam duit tapi sampai la tak reti2 nak pulang... Bukan sorang je yang pinjam tapi RAMAI!. haa kau terpaksa BOLD kan.

Alasan bila tanya kenapa bagi : KESIAN
Sebab apa kesian: sebab KAWAN. Konon-konon tak sampai hati nk tolak permintaan kawan. 
*Last-last kawan ni jugak yang kau cari ye Belacan!

Tapi kan memanglah. Ada juga saya perasan, kebiasaannya orang yang berhutang tu tak ada perasaan malu tapi sebaliknya pula, orang yang bagi hutang pula yang malu tak tentu pasal nak minta balik hutang tu. 







Eleh saya rasa ramai kot yang ada dalam situasi camni ye x?? So ni haa Cik Wani yang baik hati + budiman nak bagi some tips nak 'mengorat' si penghutang tu untuk bayar hutang korang terutama my BELACAN tu!

Dalam bab-bab camni kita kena guna cara berhemah untuk serbu si pnghutang durjana.



V V V V V V V V V V V


  • Ok first, korang kene jadi perempuan/lelaki melayu terakhir yang mmpunyai tatasusila yg cukup mantap. Korang pergi dekat si Penghutang tu, then try slow talk dengan menggunakn volume 1. Ok kalaulah si Pnghutang korang tu mngalami maslah pndengarn so baru korang boleh tukar gear dan terus guna VOLUME 3. Then korang mulakan madah bicara korang tu, dan HARUSLAH di ingatkn disini, ceh... korang perlu ye mempunyai tahap kesabaran yg ckup tinggi bila si Pnghutang buat-buat lupa, buat-buat xtahu, buat-buat bodo or anythng else  =)



    kalau lah point pertama tak menjadi.


  • Second, korang boleh guna kaedah berbual-bual first dgn si Pnghutang tegar tu seolah2 tak pernah jumpa setahun walaupun tiap-tiap hari tengok muka dia sebab stay satu rumah/ kolej/blik/asrama dgn korang. Then dalam prbualan tu korang selitkan cerita sedih. Kononnya korang tengah KOPAK habis and korang amat2 perlukan duit. Kalau si Penghutang ada rasa empati dan simpati kat kawan, of course dye akan sedar which is korang skrg tgh minta duit hutang tu. eh eh siapa mkn garam, msti rasa masin kn,kn,kn..... so mesti dye terasa punyalah.... :D



    ala, si Pnghutang tu hati kering laaah.. mana nk fhm apa mksd trsirat di sebalik kisah duka kita tu...

      so how????????????
       
     ok ok, xpe.... meh kita tgok point ketiga plak ye....







  • Ok. Kita masuk point kasar sikit. SINDIR. Memang agak kasar lah kn, tapi kalau dia memang dah hatu kering kontang, kita pun kena hati kering jugak okeyy! Tak payah nak jaga hati dia sangat. Dia pun belum tentu nk jaga hati korang kn... Sometimes kan bnde macam ni lah baru mengajar depa tu tntang erti prsahabatn sebenar. Erk.. ada kaitan tak?? okay takpe. Abaikan. heee




hahahahaha....
mmg dye ni jenis tak makan saman la. 
buatlah pape pn, dia buat dono jerk...
LOL...!



haa..!





  • hah!!!!!!!!!!  Apa kata kita wat sistem barter!!! nk????? heee... ni actually saya dah pernah suruh member saya buat practice. Berjaya tak berjaya tu saya tak tahu. hehe.. Saja try je kan, mana tahu dapat balik duit kau Belacan!. Camni lah,, pi kat si Pnghutang tu kn, cakap yang korang nak pinjam duit. Then bila dapat duit korang amek lah dan yg pnting, bila si Pnghutang tu datang tuntut hutang yang korang pinjam, korang cakap lah mcm ni kat dye. ehem2....


    ''Eh Mamat, hari tu kn kau hutang kat aq RM3.50 kn,, so aq pnjm kat kau aritu RM4 kn,kn?? Jadi nah 50 sen ni. Kiranya hutang kau dgn aq dah beres lah ye. Dan aq tetap byr hutang aq 50sen ni wlpn nilai dye kecil bebrbnding kau hutang aq dlu.''



    zupppppppp. gulpppppp. Confirm
    si Pnghutang tegar tu rasa macam nak sembunyikan muka dia kat bawah tanah sebab malu yangg teramat sangat.


    X X X X X X X X X X X X X


Memang lah nampak agak kurang ajar kan. Tapi apa salahnya nak bagi pengajaran agar after this si Pnghutang tu bersikap lebih brtnggungjawab. Haa laah dah lah berhutang, orang tua-tua cakap, PANDAI BUAT PANDAI-PANDAILAH TANGGUNG, and so Cik Wani pulak cakap PANDAI HUTANG PANDAI-PANDAILAH BAYARKAN!







Sebenarnya kan, tak salah nak menolong kawan yang memang mungkin terdesak dalam kewangan. Tapi kena lah juga fikir-fikirkan apa fungsi wang yang kita bagi tu kat dia. Kalau ke arah jalan yang sia-sia buat kita rasa dissapointed buat apa lah nak bagi. Dan tak salah juga if orang yang tersempit tu nak minta bantuan pada yang sudi membantu kamu. Tapi beringatlah wahai si Penghutang, orang berbudi dengan awak, awak berbahasa lah balik ye. Dan orang membei kita merasa. Dan sememangnya saya ni bukan lah kejam sangat pun. Cuma nak bagitahu, masing-masing kena lah beringat.






********************************************
*ok belacan!!! ape lagi.. aq dah bg kau tips baek pnye ni..
Good Luck..!
Assalammualaikum


:D


Sunday, April 6, 2014

I When you were a kid I


Assalammualaikm...


hari ni saya nak share satu video yang saya rasa memang ada kebenarannya dengan kehidupan kita pada hari ini. Maksud saya, diri saya sendiri. Kalau dengan anda semua saya tak tahu la kan. Kalau nak tahu, jom usha video ni.






so how? 
I know all answer and conclusion in your head right now.

:D

Sunday, March 30, 2014

One morning, many stories = MH370



Terkedu. Tersendu. Terdiam tanpa kata2. Terduduk tanpa bicara. Bagaikan nak pecah dada bila mendengarnya. Perkhabaran yg membunuh semua jiwa. Jiwa2 yg selama ini masih mengharapkan khabar berita gembira darinya. Kini MH370 sudah terjawab Ramai yang bilang, berita yang dikhabarkan oleh Pak Najib adalah.
Pengakhiran dari sebuah pencarian. Pengakhiran bg sebuah penantian. Pengakhiran bagi penantian seorang ank perempuan terhadap ayahnya. Pengakhiran bg penantian seorang ibu terhadap anaknya. Pengakhiran seorang ank kecil trhadap ayahnya. Pengakhiran seorang isteri terhadap suaminya. Pengakhiran bg seorang kwn terhadap kawanya. Namun TIDAK untuk Pengakhiran bg misteri kehilangannya. KERANA aku, dia dan semua YAKIN Pihak berkuasa tetap terus berusaha untuk mencari. Walaupun destinasi terakhirmu disana. Akan TETAPI Jika betul pengakhiran hidupmu disana. Penghujung kehidupanmu juga disana. Betapa rakusnya sikapmu. Mengakhiri hidupmu begitu. Zalimnya dirimu. Membiarkan kami lama menunggu. menunggu dan terus menunggu. Oleh itu. TERIMA KASIH atas selama 11 tahun lamanya khidmatmu diguna. Ya Allah ya tuhanku. Terima kasih Ya Allah.
Kerana mendengar rintihan KAMI sebagai hambamu Ya Allah. Kerana mengabulkan doa2 kami Ya Allah. Hanya kepadamu kami berserah Ya Allah. Permudahkanlah urusan mereka sekali lagi Ya Allah. Jika benar, Permudahkanlah supaya jasad2 yg kami sayangi Ya Allah. dapat dikeluarkan dari lautanmu yg maha luas itu Ya Allah. Agar jasad2 itu dpt bersemadi dengan sebaik2nya Ya Allah. Tetapi jika kau tidak mengizinkannya Ya Allah. Siapalah kami untuk mempertikaikannya Ya Allah. Siapalah kami untuk mengadilinya Ya Allah. Kerana kau la yang maha berkuasa Ya Allah. Kau la yg menentukan segala2nya Ya Allah. Kami sebagai hambamu... pasrah dengan ketentuanmu Ya Allah. juga Redha dengan qada dan qadarmu Ya Allah.

...................................................................

Terbang setinggi awan
Jatuh sedalam bumi

Al-fatihah

Aman adanya dirimu jauh #MH370



Sunday, March 23, 2014

Lelah


Sudah, 

cukup.

Memang air mata itu boleh mereda sejuta rasa mahu, tapi terkadang bila diikut rasa terus menerus, jalan setiap lorong itu kelam.

Kasihan.

Lelah dalam berlari biarpun semua itu mampu dirasa hanya sekadar berjalan.

Kawan,

Setuju sekali kalau dikatanya kita ini lembik hanya kerana pengkhianatan yang kejam datang tak diduga. Kepercayaan kita, kesungguhan kita, tak pernah diangkat untuk jadi bermakna.

Tapi,

Apakah hidup ini hanya untuk kita tunduk setiap rasa jatuh tanpa kita mencuba?

Berkali kita jadi orang lain dalam sedapkan hati orang lain.

Beratus kali kita pijak hati sendiri hingga jadi kering tak kenal rasa perasaan.

Maka,
Berhentilah.

Mainkan bunyi-bunyi semangat disaat dunia ini masih punya jutaan hati yang juga baik hatinya.

Jadilah diri sendiri yang tahu mahu disetiap inci bagaimana kita.

Kita akan menemukan bahagia pada saat bermula hari ini, detik ini dan yang paling pantas adalah sekarang.


...............................................................................



Bangunlah.

Semua'kan baik-baik saja.



COMING!



Assalammualaikum....


Dari petang tetiba teringat satu laman.
Yang dulunya aku belai, aku sayang dan aku manjakan

YA! Tak di sangkal lagi.. LAMAN BLOG.
Mohon ampun di pinta.
Bukan minta di lupakan. 
Tapi komitmen dari semasa ke semasa yang menentukan percatuan ku untuk singgah ke laman ini.

Dan YA.... sekarang aku makin matang.
Alhamdulillah.

Okay cukup rasa untuk mukadimah yang pertama kali dari ke setahun yang lalu.
Dengan ini...


BISMILAH.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly