Hai awak.
Biar saya berterus terang.
Awak tahu satu perkara saya tak yakin?
Ianya cinta jarak jauh.
Tapi saya bukan tak yakin dengan perasaan cinta itu sendiri, saya cuma tak yakin dengan diri sendiri untuk memberi komitmen terhadap cinta tersebut.
Setiap pasangan cinta jarak jauh akan berkata
"Hey, kita mampu lakukannya."
Dan dengan kepercayaan itu, mereka tempuh hari-hari seterusnya.
Mereka akan terus percaya,
walaupun dalam hati perit terasa.
Tiada suara, tiada belaian, tiada jaminan.
Hanya berbekalkan kepercayaan.
Satu hari, ketika orang sekeliling berpasang,
mereka hanya seorang.
Hakikat paling kejam dunia datang merejam
kesunyian datang mencengkam.
Hari demi hari,
panggilan makin kurang,
suara makin suram,
dan datang dugaan berulang
yang dekat lebih selesa
dari yang jauh kononnya percaya.
Curang. Nafsu. Marah. Geram.
Percaya semakin tenggelam.
Cinta yang diucap dulu, kini dalam kolam.
Mana semua janji?
Mana semua panji?
Mana kata "Hey, kita mampu lakukannya" pergi?
Maka, berakhirlah satu cerita cinta.
Yang dipisah bermula dengan jarak,
dan diikuti dengan percaya, yakin, tulus, cekal.
Lalu tiada apa yang tinggal.
Sebab itulah, awak.
Walaupun kita dipisah 400,000 KM perginya,
walaupun kita tiada suara datang berdering,
biarkah kisah kita berkubu di sini.
Di sini di mana semuanya bermula.
Andai satu hari nanti kita bertemu semula
kita akan fikirkan jalannya.
Sebelum tiba waktu itu,
hiduplah seperti sediakala,
bertemu sesiapa yang mahu ditemu,
ketawalah sekuat yang hendak ditawa,
menangis esak seesak-esaknya,
bercinta dengan hati yang penuh ria.
Kerana itulah kehidupan.
Jangan kerana cinta jarak jauh,
kehidupan digadaikan.
Kerana cinta itu sendiri adalah sebahagian dari kehidupan.
Biar apapun,
hati ini akan kekal, dan kekal ada ruang berisi sesuatu yang saya gelar 'awak'
^_^
0 comments:
Post a Comment