Sekarang ni aku tengok, banyak blogger gadis-gadis yang suka post entry pasal lelaki idaman diorang. Pastu mesti dalam entry tersebut dinyatakan contoh-contoh putera idaman diorang la kononnya. MASALAHNYA, semua yang diorang nyatakan tu mesti semuanya adalah watak dalam drama atau filem jer. HAHA... Contoh-contoh biasa yang diorang selalu idamkan mesti Aidil dalam drama Nur Kasih. Kalau tak pun Adam dalam drama Adamaya. Boring!!! Huhu...
Actually, memang la tak salah pon kalau berangan nak lelaki idaman macam diorang ni.(sbbnye kdg2 aq pn gitu gak berangnn men chop plakon ngn adk ~ngeee~ ) Nak yang handsome la, yang baik hati la, yang caring la, yang romantik la, gentleman la. Haihhh... Pastu mesti dalam entry tu tak akan tulis nak yang kaya, loaded, berharta, pemegang saham terbesar KLCC atau ada tanah 10 ekar kat sebelah KLIA.(erk ni bkn aq ye--sesetengah nye r)
Bab-bab duit ni tak boleh tulis dalam entry, nanti takut orang komen diri ini gila duit pulak. Hipokrit! HAHA... Then dalam entry tuh juga, mesti ada tulis "nak yang beriman. Nanti boleh la dia bimbing saya ke jalan yang benar". HAHA... Wajib la tulis pasal bab beragama ni kan? baru la orang yang baca entry tu boleh respect sket kat blogger tersebut. Tak gitu? HUHU...
Sebenarnya aku tak kesah pon pasal ciri-ciri lelaki idaman diorang semua ni. Lantak la kan. Aq pun kadang de gak idam2kan,,bese r manusia,, msti de bnde yg nk di impikn kn...tp biasanya yang selalu kita berharap tu la yang kita tak akan dapat. =P Tapi sebenarnya, wujud ke lelaki yang betul-betul menepati citarasa kite semua whai gadis-gadis? Yang semuanya benda-benda baik jer dalam diri lelaki ni. Yang negatif langsung takde. Jawapannya, TIDAK WUJUD! Sebab apa, sebab dalam kepala otak lelaki hanya ada 3 perkara jer. Iaitu SEKS, SEKS & SEKS. Yang korang tengok dalam drama yang caring, romantic, gentleman apa kejadah semua tu. Tu adalah lakonan okay! Tak wujud pon dalam dunia ni lelaki macam tu sekarang ni.
Tak kesah la lelaki tu sesiapa sekali pun. Tapi perkara paling penting dalam diri lelaki adalah SEKS! Tak percaya? Baca suratkhabar Harian Metro tiap-tiap hari. Kalau sehari takder berita pasal Rogol, Tangkap Basah, Buang Bayi, Haruan Makan Anak, Video 3GP, Dalam Tandas, Budak Sekolah dan lain-lain. Meh sini aku berani potong kuku jari aku ni. HAHA... Men are wild beast. Dah memang hakikat camtuh. Kena la terima kan? Sebaik-baik mana pon lelaki dalam dunia sekarang ni, kalau dah ada perempuan hot bogel depan dia dalam bilik berdua jer. Tak mungkin la lelaki tu duduk diam jer kan. Sebab tu la mak bapak kita kalau tengok awek seksi pakai skirt atas lutut 5 inci jer mesti cakap "Mak aih! Pak Imam pon boleh tercabut ketayap nih!". HAHA...
Saintis ada buat research pada 2008. Lelaki berfikir tentang sex lebih 20 kali sehari. 20 kali sehari okay! Lebih kurang sejam sekali camtuh. Dalam tidur pun fikir pasal seks jugak. HAHA... So, terimalah kenyataan bahawa perkara paling penting dalam diri lelaki adalah SEKS!!
p/s: aq x tw r btol ke x,,ni sje je aritu search kt gogle,,tetibe cm mnarik je,,tu yg nk ltak kt sni..
tp rse btol kot!!! cme ikut pndrian n pegangn agme laki tersebut lah...
if laki tu pegangn agme dye tu kuat,,insyaAllh bnde ni dpt di kawal..
yg pnting......pndai2 pk sndri yek yg mne baik buruk... TEPUK DADA TANYA LAH OTAK ANDA TU!!
4 years ago
0 comments:
Post a Comment