Followers

Friday, August 16, 2013

Jemputan



Mahu tak mahu, nak tak nak, jadi tak jadi.
Terus terang je senang. 
Hidup pun lancar je.

Okay persiapan kali ni terbuka pada yang tak diundang
Jemput jemput kalian. 


sekian


*************************



Saturday, August 3, 2013

I Like REAL arca I


Assalammualaikm,,

Sedang tengah menyelam dalam lautan maklumat di Google,
terjumpa satu website design nih..
Dia bercerita tentang Photorealistic Sculpture.

Photorealistic Sculpture ialah dalam bahasa kita dipanggil arca gambaran realistik adalah satu seni ukiran yang dikerjakan oleh seorang artis dipanggil 'photorealist' di mana mereka akan sedaya upaya mengukir satu arca supaya nampak realistik dengan definisi ketelitian yang tinggi.

Ok,
baling batu kat maklumat yang panjang...
kita layan gambar-gambar ni dulu,
then baru nilai, yek!!

Saksikan

********************


















********************

Apa macam?
Cool tak??
Perlu diingatkan, ini semua adalah arca
bukan betul punya tau...
Ini adalah hasil kerja hebat artis ternama Ron Mueck, Evan Penny, Jamie Salmon, Duane Hanson, Sam Jinks dan Adam Beane..

Tak puas?
Nak lagi?
Singgah laa di sini..


p/s:

Hm, nak kuar jap..
nak cari mane2 kayu nak wat mangsa utk ukiran pertama saya..
untung-untung boleh jual kt e-bay..
Hahahahaha!!!



^_^



Thursday, July 18, 2013

Itu KITA



from far
the shvooshes i hear…



calm melody
of water
spreading into the shore
softly kissing the sand
taking a little memorable back. 
I, You ,She,..... US
Miss You Girls

Miss You Girls.


Thursday, July 11, 2013

RAMADHAN


Assalammualaikum,

lama saya berdiam diri dari dunia blog, ya mungkin bermula dari tugasan yang berlambak biak sampai saya menganak tirikan blog yang dulu pernah menjadi kesayangan.

Hari ini masuk balik dalam laman blog bukan untuk mencarut bagai tapi untuk ucap Selamat Menyambut Bulan Puasa.. InsyaAllah kalau ada masa, adalah entry2 terbaru. Ewaahhh cakap macam ffoofullar yang amat! okay stop! Must behave myself... :)





Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan. Semoga kita semua mendapat berkat, rahmat & keampunan di bulan yang mulia ini. Selamat menempuh gerbang Ramadhan :)




Friday, May 24, 2013

HIKMAH




“sesungguhnya, bersama kesulitan ada kemudahan” (al-insyirah : 6)
Assalammualaikum....

Lama rasa x update blog. Lately sy banyak sangat kerja nak kena submit. Banyak juga cabaran dalam setiap tugasan yang di beri... Kadang-kadang, teremosi sorang2 dalam bilik. Nak ngadu kat kawan mmg bkn habit saya untuk mengadu pada kawan-kawan sbb saya tahu mereka pun ada masalah masing2.  
Kadang-kadang terfikir, bila ada orang datang mengadu pada kita tentang masalah dia, pelbagai cara kita boleh kata. lama mana pun kita sanggup tadah telinga. Seluas luasnya kita berlapang dada. nasihat, saranan, kata kata, cukup lengkap boleh kita hulur.
Tapi, bila tiba masa kita, kita tak berupaya untuk pujuk diri sendiri. Orang yang melihat akan banyak berkata, tabahlah, kuatlah, bangkitlah, tapi sungguh takkan sama dengan apa yang kita rasa. SERIUS. takkan sama.

Mungkin kita boleh tipu mereka dengan senyuman yang pahitnya hanya kita tahu. Mungkin boleh kita sorok, padahal air mata dah tak upaya nak keluar lagi, mungkin boleh kita palsukan dengan kata kata,

“takpe, aku okay. terima kasih ye” 

padahal hati dah koyak rabak, sepi dan mungkin dah takde dalam diri. Masa tu, kita akan lebih banyak diam. fikir balik. reflek diri.

Kenapa aku diuji? kenapa, AKU?

Lalu, masa tu, kita akan lebih rasa betapa Allah itu sangat dekat. kalau kita tak diuji, ada ke kita nak duduk diam diam, sorang sorang, fikir balik apa tujuan hidup ini? Mungkin tak, kerana kita tak rasa keperluan dan kebergantungan kita pada Allah, kita lupa alpa!
Yang mengizinkan segalanya terjadi adalah DIA. saat diri diuji, hati akan lebih lembut. Saat itulah kita rasa nak letakkan sepenuh pengharapan pada Allah.
Saat itulah solat, doa , segala ibadah kita, kita lakukan sepenuh hati, seikhlas mungkin kerana saat diri diuji baru kita sedar, betapa kerdil diri ini. 

Ujian sebenarnya bertujuan menguatkan. Ujian sebenarnya, teguran dari Tuhan untuk kita agar tidak terlalu lalai dengan keseronokan dan kenikmatan yang diberi sehingga buat kita lupa untuk mengucap syukur sepenuh hati. Ujian sebenarnya, untuk buat kita sedar dari mimpi. Mimpi yang bakal disoal nanti.
Kenapa AKU yang diuji?

Ujian itu sebenarnya MANIS

Mungkin kerana, kita banyak lupa pada Illahi? mungkin untuk menguatkan kembali iman dalam diri? mungkin, bila mana ada orang datang dan berkongsi masalah diri, kita akan lebih memahami, kerana kita pernah mengalami?

Segalanya mungkin, kerana Allah tidak pernah menjadikan sesuatu itu untuk tujuan yang sia sia. pasti ada tujuannya, dan ketahuilah bahawa hidup ini bukan untuk berseronok sahaja, ada amanah yang tergalas di bahu kita.

Jangan besarkan masalah, besarkan Tuhan yang Maha membukakan jalan. kuatlah kawan, sesungguhnya Allah itu takkan membebani hamba hambaNya di luar kemampuan hamba hambaNya..



........................................................................







disaat saya begini, apa yang saya harapkan kamu sentiasa sabar,
beri kekuatan untuk saya,
bukan beri satu kata pantulan yang buat saya makin terperuk dalam diri.

assalammualaikum




Monday, April 8, 2013

Cutes Session!


















okay! This is so cute. cant handle it. I want my son to marry this little princess! :)


Assalammualaikum



Saturday, March 30, 2013

I nowadays.. I




perlahan..

tarik nafas dalam-dalam
fikiran melayang jauh
aku mahu kotak pemikiran ini kosong
sekosongnya..



perlahan..
nafas ku lepas
bersama segala beban dunia
kesengsaraan batiniah
penderitaan jiwa



seksa..
tidak mahu lagi terseksa
tuhan tolong
beri diri ini ruang
beri hamba kecilMu ini pedoman



jauh..
jauh sudah kaki ini melangkah
puas sudah mata ini melihat
penat sudah mulut ini bicara
banyak sudah telinga ini mendengar
namun tetap..
diri ini tidak berubah
masih insan yang lemah
hamba yang alpa
pencinta yang buta
perempuan yang penuh sengketa



berharap dosa diri segera pergi
pergi bersama hasad dengki
jua dendam berahi



hari-hari sekarang..
tidak datang tanpa semalam
tidak berulang masa datang



*********************************




I try to be like your dreams girl man, but I can't !
Trying too hard make me hurt!
And now, you hurt me!
Disappointed !

Assalammualaikum




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly