Followers

Sunday, March 30, 2014

One morning, many stories = MH370



Terkedu. Tersendu. Terdiam tanpa kata2. Terduduk tanpa bicara. Bagaikan nak pecah dada bila mendengarnya. Perkhabaran yg membunuh semua jiwa. Jiwa2 yg selama ini masih mengharapkan khabar berita gembira darinya. Kini MH370 sudah terjawab Ramai yang bilang, berita yang dikhabarkan oleh Pak Najib adalah.
Pengakhiran dari sebuah pencarian. Pengakhiran bg sebuah penantian. Pengakhiran bagi penantian seorang ank perempuan terhadap ayahnya. Pengakhiran bg penantian seorang ibu terhadap anaknya. Pengakhiran seorang ank kecil trhadap ayahnya. Pengakhiran seorang isteri terhadap suaminya. Pengakhiran bg seorang kwn terhadap kawanya. Namun TIDAK untuk Pengakhiran bg misteri kehilangannya. KERANA aku, dia dan semua YAKIN Pihak berkuasa tetap terus berusaha untuk mencari. Walaupun destinasi terakhirmu disana. Akan TETAPI Jika betul pengakhiran hidupmu disana. Penghujung kehidupanmu juga disana. Betapa rakusnya sikapmu. Mengakhiri hidupmu begitu. Zalimnya dirimu. Membiarkan kami lama menunggu. menunggu dan terus menunggu. Oleh itu. TERIMA KASIH atas selama 11 tahun lamanya khidmatmu diguna. Ya Allah ya tuhanku. Terima kasih Ya Allah.
Kerana mendengar rintihan KAMI sebagai hambamu Ya Allah. Kerana mengabulkan doa2 kami Ya Allah. Hanya kepadamu kami berserah Ya Allah. Permudahkanlah urusan mereka sekali lagi Ya Allah. Jika benar, Permudahkanlah supaya jasad2 yg kami sayangi Ya Allah. dapat dikeluarkan dari lautanmu yg maha luas itu Ya Allah. Agar jasad2 itu dpt bersemadi dengan sebaik2nya Ya Allah. Tetapi jika kau tidak mengizinkannya Ya Allah. Siapalah kami untuk mempertikaikannya Ya Allah. Siapalah kami untuk mengadilinya Ya Allah. Kerana kau la yang maha berkuasa Ya Allah. Kau la yg menentukan segala2nya Ya Allah. Kami sebagai hambamu... pasrah dengan ketentuanmu Ya Allah. juga Redha dengan qada dan qadarmu Ya Allah.

...................................................................

Terbang setinggi awan
Jatuh sedalam bumi

Al-fatihah

Aman adanya dirimu jauh #MH370



Sunday, March 23, 2014

Lelah


Sudah, 

cukup.

Memang air mata itu boleh mereda sejuta rasa mahu, tapi terkadang bila diikut rasa terus menerus, jalan setiap lorong itu kelam.

Kasihan.

Lelah dalam berlari biarpun semua itu mampu dirasa hanya sekadar berjalan.

Kawan,

Setuju sekali kalau dikatanya kita ini lembik hanya kerana pengkhianatan yang kejam datang tak diduga. Kepercayaan kita, kesungguhan kita, tak pernah diangkat untuk jadi bermakna.

Tapi,

Apakah hidup ini hanya untuk kita tunduk setiap rasa jatuh tanpa kita mencuba?

Berkali kita jadi orang lain dalam sedapkan hati orang lain.

Beratus kali kita pijak hati sendiri hingga jadi kering tak kenal rasa perasaan.

Maka,
Berhentilah.

Mainkan bunyi-bunyi semangat disaat dunia ini masih punya jutaan hati yang juga baik hatinya.

Jadilah diri sendiri yang tahu mahu disetiap inci bagaimana kita.

Kita akan menemukan bahagia pada saat bermula hari ini, detik ini dan yang paling pantas adalah sekarang.


...............................................................................



Bangunlah.

Semua'kan baik-baik saja.



COMING!



Assalammualaikum....


Dari petang tetiba teringat satu laman.
Yang dulunya aku belai, aku sayang dan aku manjakan

YA! Tak di sangkal lagi.. LAMAN BLOG.
Mohon ampun di pinta.
Bukan minta di lupakan. 
Tapi komitmen dari semasa ke semasa yang menentukan percatuan ku untuk singgah ke laman ini.

Dan YA.... sekarang aku makin matang.
Alhamdulillah.

Okay cukup rasa untuk mukadimah yang pertama kali dari ke setahun yang lalu.
Dengan ini...


BISMILAH.....



Tuesday, October 15, 2013

Salam AidilAdha





Takbir raya sudah kedegaran....
Aku hanya mampu dengar, tatap dan....
Tanpa disedari air mata berlinangan.

Ya ramai yang bilang, ''Raya Haji saja, tak balik pun tak pe''

Mungkin itu kata-kata positif juga semangat bagiku 
untuk tidak terus memikirkan kelibat rumah nun jauh di semenanjung sana.

Kali p'tama dalam hidup
Ku beraya di perantauan

Sayu hati sebak terasa...






Salam AIDILADHA untuk semua..






Monday, September 30, 2013

I Titipan dariku buatmu I

Assalammualaikum


di dalam meneruskan kehidupan dalam dunia sebagai remaja, tidak pernah seseorang manusia terlepas daripada diduga cinta daripada sang arjuna.

bagi diriku, yang kucari bukanlah yang memiliki wajah setampan Yusuf A.S, juga bukan harta seluas Sulaiman A.S atau kekuasaan seluas kerajaan Muhammad SAW, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat diriku terpikat...namun...

....................................

yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera agama..
yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata..
yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati
yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat
yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam
yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia
dan yang akan terjadi, andai tak sama dengan kehendak hati, InsyaAllahku redha dengan ketetpan Ilahi

....................................

andainya kaulah jodohku yang tertulis di lauh mahfuz, Allah pasti akan menanam rasa kasih dalam hatiku dan hatimu. itu janji Allah





"cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya..dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu akan kecewa ketika kamu tahu kekuranganya"







Wednesday, September 25, 2013

..Pendek..



A wounded deer leaps the highest.
(Emily Dickinson)


selepas aku jatuh terus ke bawah
aku bagai diberi oleh pari-pari kayangan
serbuk magis yang bisa buat aku jadi kuat
serbuk magis yang mampu bangkitkan semangat aku


*mohon diri ini terus kuat*




Sunday, September 1, 2013

Selamat



Setelah 3 bulan memerap kat rumah
Beras, buah, coklat semua sudah kami sapu licin
Pelbagai memori tercipta
Duka suka pahit tawar 

1 September 2013
Memisahkan aku sementara waktu dengan yang sorang
Sungguh tak mampu berkata walaupun perkataan 
'SELAMAT TINGGAL, SELAMAT JALAN, JAGA DIRI' 

Tak aku bukan kejam
Bukan juga seorang tidak mempunyai perasaan
Tapi aku takut air tak semena mena meninits di mata 
di hapadan seorang adik yang lembut juga hatinya

5 September 2013 
Memisahkan aku dengan yang ramai dan yang aku sayang
Nak menanti detik itu, aku takut aku tak mampu menahan perasaan.

Demi cita-cita, maruah, matlamat hidup, dunia dan akhirat
Semoga apa yang kami lakukan ini mendapat berkat dari NYA dan memperoleh kebaikan kelak.


Amin.


****************************







kepada adik nadi
Selamat mengahdap buku kembali, selamat mengharungi kehidupan sebagai mahasiswi
Tahniah.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly