Followers

Sunday, March 24, 2013

Earth Hour



Assalammualaikum...

Jangan risau, gambar memang hitam dan bukan error, sebagai simbolik sokongan Earth Hour 2013 pada 23 Mac jam 830-930 pm. Ini juga sebagai tanda sinis kepada sekelompok yang tidak menyokong dengan memberi banyak alasan (yang tidak masuk akal termasuk mahu penat mahu tido sebab esok ada kelas). 

Bagi yang tidak tahu, semasa Earth Hour, dikehendaki memadam lampu tiada keperluan (non-essential light). Ianya hanya simbolik sokongan dunia terhadap penentangan pemanasan global. SIMBOLIK!! Seperti mengibarkan Jalur Gemilang di Hari Kemerdekaan. Cuma bezanya kibar Jalur Gemilang untuk negara, padamkan lampu untuk BUMI.



Earth hour : gelap... Gambaran gelita hari akhir !





Friday, March 22, 2013

PERSOALAN....





Assalammualaikum....

sedikit motivasi dan peringatan untuk diri sendiri di kala hati resah.. 
''Allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala aalihi wa as-haabihi ajma 'iin.."



KENAPA AKU DI UJI? 
QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAMKAN
QURAN MENJAWAB : 
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB : 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB : 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
(Surah Al-Imran ayat 139)

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB : 
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" 
(Surah Al-Baqarah ayat : 45)

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB : 
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... " 
(Surah At-Taubah ayat : 111)

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB : 
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." 
(Surah At-Taubah ayat 129)

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB : 
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
(Surah Yusuf ayat 12)


*kau beri aku ketenangan Ya Allah.....Amin Ya Rabb...






Saturday, March 16, 2013

Get Well Soon




Doa Ketika Tertimpa Musibah

''Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Allahumma ajirnii fii mushibatii, wakhluflii khairan minhaa..''
"Sesungguhnya kita hanyalah milik Allah, dan hanya kepadanyalahkita akan kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran bagiku dalam musibah yang menimpaku dan berikanlah aku ganti yang leih baikdarinya".

AMIN YA RABB


****************************************



get well soon Dik Mal.
Sejauh mana kita, kalau kamu dapat sakitnya akak juga turut merasa.
Take Care ya! 
To you too ibu and ayah. 
Take Care.
Kami tiada di rumah, plz take care your self for us..

Akak RINDU kalian.



Thursday, March 14, 2013

Change







Everybody CAN change,
But not everybody WILL change
Because sometimes they just have LEARNED what happen on their past
Remember that !


******************************


Assalammualaikum



Sunday, March 10, 2013

AKU AKUI AKU ADALAH AKU







** sekarang **

AKU rimas, AKU lemas
kesibukan dunia memang sentiasa datang merampas
masa AKU yang dianggap begitu bernilai bak emas
saat AKU leka dan lalai nah terus pantas ia dikebas
lantas terus membuatkan diri AKU berasa cemas

** dan kini **

AKU serabut, AKU kelam kabut
kesibukan dunia yang datang bak taufan dan ribut
dia hadir tanpa perlu AKU datang menjemput
dia muncul tanpa perlu AKU sebut-sebut
AKU sesak kerna nafasku kini dah mula semput

** namun sebenarnya **

AKU tak perlu gelabah,
AKU tak perlu gelisah,
hanya kerna sekali umah AKU runtuh dan roboh
dek kerna dipukul ganas oleh ombak dan bah
AKU harus pantas bangun selepas rebah
jiwa mahu kuat, hati mahu tabah

** cuba jadi macam dia **

jadilah secekal dan setekun si labah-labah
seorang diri membina sendiri empunya rumah
tak pernah membebel apatah lagi melatah
dia teruskan usaha hingga segalanya nampak gah

** ataupun cuba lihat mereka **

badan tak perlu besar dan gagah
tapi punya bisa yang bisa buat kau berdarah
siapa mereka? apa kau tak kenal sama si lebah?
dia memang rajin dan tak pernah nak mengalah
buat kerja demi permaisuri tanpa berbalah

** di akhir nanti **

segalanya berlaku mungkin kerna AKU ambil mudah
semua benda AKU buat hanya endah tak endah
orang cakap AKU jarang nak ambil kesah
padan muka sekarang AKU jugak yang susah

** maka **

apa yang penting AKU harus ingat kata-kata ibu dan ayah
"anak..tuntutlah ilmu kerna itulah harta yang paling mewah"
kerna ilmu berguna akan kekal sampai ke sudah
manfaatnya tak hilang walaupun AKU dah jadi arwah

** baiklah **

cukuplah sampai di sini AKU bermadah
sebagai ingatan buat AKU yang punya maruah

** sekian sahaja **



AKU HARUS SEMANGAT DAN TETAP SEMANGAT!
KUAT DAN TERUS KUAT!

ASSALAMMUALAIKUM



Wednesday, March 6, 2013

REALITI !!








MOHON SAMA-SAMA TERASA !

Bila tiba bab agama, semua sibuk jadi MUFTI,
Bila tiba bab negara, semua sibuk jadi MENTERI,
Bila tiba bab bangsa, semua sibuk jadi SEJARAWAN,
Bila tiba bab perang, semua sibuk jadi JENERAL,
Bila tiba bab solat, semua sibuk TOLAK MENOLAK tak mau jadi IMAM

- Realitinya kita hanya KEYBOARD WARRIOR !
HEBAT HANYA DALAM FB DAN TWITTER ! 
MENYALAK BAGAI MASTER, KAT LUAR KELU TAK TERKATA


Assalammualaikum


*sumber : FB



Friday, March 1, 2013

I Bulan itu I






Semalam aku terlihat Bulan

Yang lari jauh sekali
Lalu entah,aku buntu
Kerana aku sangat mahukan itu
Bulannya satu
Paling terang
Terdedah pada aku
Tapi aku tak bisa melihatnya
Lebih rapat,lalu aku malu
Bukan kerana keterangan cahayanya
Tetapi dengan Bulan itu
Kerana aku sendiri tak tahu di mana letaknya aku pada Bulan itu
Hingga aku rasa
Indah dalam hati dan tidak akan aku luahkan..



********************************




Sometimes, explanation didnt help much..
and I guess that no matter how a good friend is,
they’re going to hurt you every once in a while and you must forgive them for that.

Assalammualaikum.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly