Followers

Saturday, May 10, 2014

R.I.P. JUPE



Selama seminggu kau menderita sakit
Kami yang tiada pengalaman buntu
Mahu di tolong tapi bagaimana

Selepas seminggu tanpa di sangka
Semalam kau berlari aktif
Kesini Kemari
YA aku puas tengok gelagat itu
Walau aku mengaku aku penat mengejar

Dan tadi..
Tanpa diminta
Kau menghembuskan nafas terakhir
Di hadapan kami.

Mungkin kelakuan aktif kau merupakan satu petanda
Bahawa kau hendak pergi.

Kami redha.
Tenanglah wahai sayang di SANA.
Aku tahu kau banyak menderita.
Pergilah...

________________________________________________________________________________









SALAM SAYANG DARI KAMI UNTUK JUPE.





Wednesday, May 7, 2014

KUATLAH WAHAI KAKAK KU


Assalammualaikum

Hujan di luar bagai mengerti hujan di hati…
Benar..
kadang-kadang kita tak pernah faham apa yang Allah cuba aturkan untuk kita. Tak pernah tahu apa yang Allah sediakan untuk kita di masa hadapan. Tapi percayalah, suatu saat  kita kena yakin, jalan pilihan Allah ini akan indah pada waktunya..
Hidup kita bukan seperti siri telenovela yang indah-indah belaka. Bukan. Pasti ada ketika kita diuji dengan sebenar-benar ujian. Even ‘superheroes’ pun ada ujiannya. Akan kalah dulu dan bangkit semula pada akhirnya. Biarpun kita tiada kuasa sakti. Tiada superpower yang kita miliki, untuk hilangkan segala keresahan hati. Tapi ingatlah, kita punya Allah. Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.
Setiap dari kita pasti pernah diduga. Saya. Awak. Dia. Mereka.
Allah uji ikut kemampuan kita. Allah tahu kita siapa.
And at the time HE takes everything from you, masa itulah Allah mahu kita kembali pada Dia.
Itulah tanda cinta Dia. Dia tahu kita sudah jauh dari Dia. Jauh.

Maka, sebab itulah Allah hadiahkan kita ujian. Supaya kita kembali dekat. Bertambah dekat. Dan selalu dekat dengan Dia. Janganlah dikesali dengan apa yang dah berlalu dan berlaku. Itulah yg menjadikan kita sekarang. Sama ada lebih baik atau lebih buruk, itu kita yg  tentukan. Perjalanan kita sebagai hamba belum berakhir.. Mungkin ini sekadar permulaan. Ambil iktibar dari apa yg berlaku.. Setiap orang buat silap dan setiap kesalahan yg kita buat, kita ambil iktibar darinya, itulah yg menjadikan kita lebih sempurna. Beruntunglah dan bersyukurlah.

Alhamdulillah, you’re the chosen one!


Untuk tuan blog.

________________


Dan entry ini untuk Kak Wani yg di kasihi.
Biarpun baru sekali dua kami jumpa, tapi saya dapat rasa apa yang dia rasa sekarang.

Kak Wani..

Tabahkan hati mu sayang.
Dalam kita melangkah terkadang kita di uji
Dengan ujian yang terasa berat hingga terkadang
Kita terduduk dan menangis..

Sungguh peritnya terasa...

Jangan pernah mengeluh
Jangan pernah mengalah

Tetapi ketahuilah
Mungkin air mata yg hadir itu adalah kerana DIA mahu kita menjahit sejadah iman kita yg semakin terkoyak…

Ikhlaskan Hati, Tabahkan Hati, Redhakan segalanya.

Semoga dipermudahkan urusan semuanya.

Ya Allah.. Kau Kuatkanlah hati,semangat, jiwa Kak Wani dan keluarganya, Kau berilah juga kekuatan kepada Mak Kak Wani agar dia kuat untuk bertarung dengan penyakit yang di hadapi. Kau permudahkan pihak-pihak berkenaan untuk menyembuhkan Mak Kak Wani. Kau perkenankanlah doa hamba-hamba Mu.

Pada Mu YA ALLAH kami memohon, dan padaMU kami berserah.

BE STRONG SIS!


Monday, May 5, 2014

SINDIR



Kata sana sini situ
Paling teruk kau khabarkan personaliti nya
Walaupun berkias ia bagaikan seperti JELAS
Sekaligus kau sudah AIB kan dia
Besar sangat kat dosa dia pada kau
Tahukah kau yang dia tak sengaja

Pernahkah kau fikir kau tak pernah buat perkara yang sama
Macam mana kau hadapi sekarang
Bukan nak membalas
Tapi sekadar mengingatkan

*SIGH

Perempuan gitu lah
Bukan kau saja
Aku pun kadang begitu juga untuk lepaskan lelah amarah

Tak mengapalah
Aku maafkan.

Sebab KAU dan AKU bukan manusia yang sempurna


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Template by Suck my Lolly